13 November 2010

nota-nota cinta (^ ,)

Nota-nota cintaku…
Dirimu sangat berharga pada diriku dan juga setiap saudara seperjuanganku..
Tanpamu, aku hanyut…
Tanpamu, aku alpa kewajipanku…

Duhai nota-nota cintaku..
Setiap bait ayatmu tersimpul sejuta ceritera..
Ceritera yang mengukuhkan lg ikatanku dgn yg Maha Pencipta..
Ikatan yang akan membawaku ke syurga..

Nota-nota cintaku syg…
Terima kasih kerana melengkapi hidup ini..
Kaulah cahaya tika aku kegelapan…
Terima kasih wahai Muhammad diatas peninggalanmu yg sungguh bererti ini..
Iaitu Al-quran Al-karim…

p/s: wahai sahabat2 ku syg...sudahkah anda membaca ayat2 cinta pada hari ini??? marilah kita sama2 menenangkan jiwa, memantapkan akidah dan mengucapkan syukur yang tidak terkira pada Nabi Muhammad dan Allah taala dengan kurniaan yang tidak terhingga ini..

1 November 2010

hadapi dengan senyuman ( ^_^ )

Assalammualaikum w.r.t..
Siapa suka senyum????hmmm???
Senyumlah sebelum anda sudah tidak bisa untk mengukir senyuman lagi.
Walau dlm keadaan apa2pn, korg senyum je. Biarlah org laen nak kata anda seperti kerang busuk ke, gile ke, dh tak siuman ke..anda pedulikan je k???
Menurut kajian psikology, bile anda dapat musibah, cara pertama yg anda perlu buat adalah dengan senyum. Senyum je. Pastu anda mesti dpt rasakan musibah yg melanda anda itu menjadi lebih ringan. Kalau tak percaya, try lah.hehehe..
Ok.stop disini.mau sambung study selepas membetulkan kembali otak yang mereng.

24 Oktober 2010

mahar cinta

Assalammualaikum w.r.t....
Alkisah~~~~


Suatu hari, sepasang kekasih yang tidak lama lagi akan bergelar suami isteri duduk berbincang mengenai perkahwinan mereka. Si jejaka yang sangat teruja dengan perbincangan tersebut menanyakan soalan kepada buah hati kesayangan yang tidak lama lagi akan bergelar isterinya itu.

" Sayang mahu apa sebagai hadiah perkahwinan kita nanti??"


Si gadis tersenyum lalu mula bersuara,


"Hmmm...kalau sy mahu sesuatu, betul abg akan berikan???"


Si jejaka mula hairan dengan pertanyaan si gadis itu.


"Sayang mahu apa???InsyaAllah nanti abg akan berikan."


Si gadis memberitahu,


"Sy mahu bukti cinta abg terhadap sy."


Si jejaka bertambah keliru dengan jawapan yg diberikan bakal isterinya itu.


"Bukti yang macam mana syg maksudkan itu???"


Si gadis tersenyum lagi dan menjawab,


"Bukti yang dapat menunjukkan bhw abg sygkn sy".


Tibalah hari perkahwinan mereka. Sungguh meriah dan ceria dengan dihadiri sanak saudara, rakan taulan serta kaum kerabat kedua-dua belah pihak. Disebalik kegembiraan itu, hati si jejaka kembali terusik dengan pertanyaan si gadis yang kini sudah bergelar isterinya. Si gadis tersenyum apabila melihat suaminya itu seperti dalam kerisauan yang amat sangat. Lalu si gadis berbisik di telinga si jejaka,


"Abg, kenapa abg mcm risau je ni???"


Si jejaka menjawab pertanyaan isterinya itu,


"Sehingga ke hari ini, abg masih tak  dapat cari jalan macam mana nak buktikan cinta abg terhadap syg".

Si gadis tersenyum sambil mengangkat keningnya,

"Abg nak tahu jawapannya??? dalam salah satu dulang hantaran kita, sy ada letakkan jawapan yang abg cari itu". 

Dengan serta merta si jejaka melulu ke dalam bilik pengantin yang mempunyai dulang hantaran seperti yang dikatakan oleh si gadis. Dia mencari-cari setiap dulang yang ada. Dan akhirnya, dia menemui satu sampul surat yang berwarna pink. Di sampul surat itu tertera namanya. Dibukanya sampul surat itu dengan berhati-hati agar isinya tidak terkoyak. Lalu, dia membaca dengan penuh berhati-hati isi kandungan surat itu.

Khas untuk suamiku yang tersayang,
Sy tahu abg mesti masih keliru dengan permintaan sy itu kan???jadi, sebab itu jugak, sy menulis surat ini untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran abg waktu ini. Abg mesti tertanya-tanya, bukti yang macam mana yg sy mahukan untuk menunjukkan cinta abg terhadap sy betul-betul ikhlas. 


Abg,
Sejak kita kenal, sy sudah tahu abg memang sygkn sy. Dan sejak abg melamar sy, sy tahu abg betul-betul ikhlas untuk memperisterikan sy. Tapi ada satu perkara yang sy mahu abg buktikan lepas kita kahwin nanti. Dan saya harap itulah hadiah perkahwinan yang paling bermakna buat sy hingga ke akhir hayat sy. 


Abg,
Bukti yg sy mahu dari abg, adalah dengan menyintai saya hanya kerana Allah Taala. Saya nak abg sentiasa melebihi Dia dr sy. Sy mahu abg bimbing sy dan anak-anak kita nnti ke jalanNya. Sy nak abg sentiasa menegur sy jika sy alpa kepadaNya. Sy nak kita sama-sama mencari keredhaanNya. Boleh kan abg buktikan pada sy???Itulah bukti cinta abg kepada sy yg sy harap-harapkan.


Ikhlas dr isterimu yang sentiasa menyintaimu hanya Allah Taala.

Menitis air mata si jejaka tatkala membaca surat yang penuh bermakna itu. Lalu si gadis, datang menghampiri si jejaka dan mengesat air mata si jejaka itu.

"Bolehkan abg buktikan pada sy???sy percaya dan sy yakin abg boleh lakukannya".

Si jejaka menjawab,

"InsyaAllah sayang. Abg akan buktikan pada syg cinta abg terhadap syg hanyalah untuk Allah Taala".

Mereka tersenyum sambil erat berpengangan.

*Alangkah bahagianya andai dipertemukan jodoh yang mencintai kita hanya kerana Allah Taala kan kawan2??? Tentulah perhubungan itu akan sentiasa diredhai, sentiasa disulami dengan kepercayaan dan kejujuran. Marilah kita sama-sama mencari cinta sejati hanya kerana Allah Taala. Allahuakbar!!!

p/s: kisah ini tiada kena-mengena dengan yg hidup @ yg telah meninggal dunia. Just untuk ingatan dan renungan bersama bahawa cinta manusia bukanlah apa2 andai tiada keredhaan dr Allah Taala.


18 Oktober 2010

warkah untuk my 'future hubby'

Assalammualaikum w.r.t
Dear my 'future hubby',,,,,,
Walaupun saya masih belum mengenali diri awak, walaupun saya tak tahu siapa awak yg sebenarnya,
saya pasti awak ada untuk saya. Mungkin kita pernah berjumpa, pernah kenal, pernah bercakap tapi masa tuh saya tak tahu pun yg awak adalah jodoh saya. Saya mintak maaf kalau masa-masa saya tidak kenal awak tu, saya berkasar pada awak.

Awak,
Awak jaga diri awak baek-baek taw. Jangan maen-maenkan perasaan perempuan laen. Jangan tukar-tukar pasangan macam awak tukar baju awak. Saya percaya awak seorang yg setia kn2??Saya pun janji dengan awak. Saya takkan kapel dengan ssiapa dah selepas ini. Saya akan tunggu awak sorang je. Kita sama-sama berjanji taw. Tapi awak jangan lambat-lambat sangat ye.

Awak,
Saya tak sabar sangat nak jumpa dengan awak. Saya bukan nak tengok rupa awak sangat. Tapi saya nak sangat tengok agama awak. Saya nak sangat tengok keimanan awak tuh. Saya teringin sangat nak awak bimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. Sebab saya tahu, awak akan jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kan3??

Awak,
Awak baek kan??Awak seorang yang jujur kan??Awak jugak seorang sahabat yang baek kan???yang paling penting awak jugak anak yang baek kan???InsyaAllah saya jugak akan berusaha menjadi muslimah yang baek, wanita yang jujur, sahabat yang setia serta anak yang berbakti pada kedua orang tua saya. Saya harap awak jugak sayang mak abah awak seperti mana saya sayang mak abah saya.

Awak,
Secara jujur, saya tak la terer sangat dalam bab masak-memasak nih. Setakat boleh masak simple-simple je. Awak tak kisah kan???Tapi saya janji dengan awak, tiap-tiap hari saya akan masak makanan untuk awak. Awak sebut je nak makan apa, insyaAllah saya akan masakkan spesel untuk awak. Sebab mak saya cakap, air tangan isteri bawak keberkatan untuk suami. Bukan tu aje, dengan air tangan isteri, si suami akan terikat dan makin sayang pada si isteri. Saya pun nak awak sayang saya hari ke hari macam tu jugak. Saya akan cuba k.

Awak,
Mak saya cakap kalau awak dah jumpa saya nanti, mak saya suruh awak masuk meminang terus. Mak saya taknak kapel-kapel ni. Mak saya taknak kita buat perkara-perkara terlarang. Mak saya nak awak betul-betul jaga saya seperti mana dia menjaga saya dari saya kecil hinggalah saya bertemu dengan awak. Boleh kan awak menggalas tanggungjawab tu???

Awak,
Akhir kata, saya harap sangat-sangat sekarang nih, awak jugak berada di landasan yang sama seperti saya. Dengan itu, saya akan mencuba menjadi hamba Allah yang baik supaya awak pun akan membuat perkara yang sama. Sebab saya tahu, kita memang ada chemistry. Kalau tak, Allah takkan jodohkan kita berdua kan???

Saya janji akan setia tunggu awak. Saya janji akan menyayangi dan mencintai awak hanya kerana Allah Taala. Dan awak jugak kena berjanji yang awak akan sayang dan cinta saya hanya Allah Taala. Ini janji kita taw. Ingat ye wahai 'future hubbyku'....

sekian, salam sayang dari 'future wife mu'...

16 Oktober 2010

saya mahu........

Assalammualaikum w.r.t~~
*saya mahu jd spt kucing nih*comeyyy je*ayu je*sopan betol kn3????*disebalik kecomelan luaran,saya jugak mahukan kecomelan dalaman*itu yg terpenting kn???*


*saya mahukn persahabatan mcm nih*walaupun saiz x sama*wrna kulit berbeza*spesies jgk berlainan* mereka tetap bole brkawan rapat*tak mcm zaman sekarang* 'kawan makan kawan'~ye x???*
*saya mahu jd mcm si hamster yg kecik molek nih*nmpk je kecik tp kuat*tak ada siapa pun yg bole buli saya lg*hahahaah*saya jugak mau buktikan yg saya bukan lg mudah menitiskan airmata seperti dahulu*i become more stronger now*

*saya jugak mahu jd mcm nih*sentiasa tersenyum walau sebesar manapun dugaan yg Allah Taala bg*senyum itukn satu sedekah*jd,senyumlah*

*saya mahu jd hebat dan gigih spt kucin ini*pastu saya nk balas jasa mak abah saya*cuma itu saja yg dapat saya buat untuk menggembirakan hati mereka*

*saya jugak mahu jd spt ini*selalu menginsafi diri sendiri*sebab saya tahu saya hanyalah manusia yg takkan pernah lari dr kesilapan*

*dan akhir skali*saya jugk mahukan pasangan yg mampu menyayangi saya dengan seadanya*dan lebih bermakna lagi jika diikrar dgn akad dan jnji setia*

~That's all 4 dis moment~doakanlah saya ye, agar saya dapat jadi seperti mana yg saya mahu*dan juga mendapat apa yg saya impikan*saya berharap setiap hari2 yang saya lalui, saya akan mencuba berubah dari yg buruk kepada yg baek dan dr yang baek kpd yang lebih baek~InsyaAllah~sekian~salam sayang~

5 Oktober 2010

highlight 4 dis sem

Salam sayang sahabat-sahabat seperjuangan sekalian....

Pejam celik,pejam celik...hampir berakhir sudah lagi 1 sem..sudah 5 sem berlalu...
huuwaaaaa.......mcm tak caye je...dah nak sem 6 rupanya aku nih..Rasa mcm baru masuk je uitm tuh...haish..
hmmmm..imbas kembali scene2 yg berlaku sepanjang sem nih, rasa mcm hyperactive lak aku. Sem2 sebelum ni, takde la seaktif cenggini..disebalik scene gumbira ada jugak scene sedih yang aku tak dapat menahan diri aku dari menangis.SOBSOBSOBSOB.

Scene yang HAPPY:

  • Join program anak angkat di Klang,,,,even hnya 3 org je bdk process yg join, ttp bessstttt.
  • Join program ambition ur mission di matrix kedah..(sampai termuntah-muntah aku atas bas tapi adek2 kat matrix kedah bessttt sngat2,,sporting sngt2,,)
  • Escape 2 gabai..haha..
  • BBQ kelas yg happening kt tepi tasek s.alam (best sb sume jd zombi tepong)
  • dpt melaram sakan rayer hari tuh..hehehe..
  • dpt melupakan satu2nya masalah yang terbeban kt bahu selama ni..
  • dah ada moto untuk ke kelas..so tak payah jln kaki lagi!!!!yahoooo!!!
Scene yang SEDIH:
  • Terpaksa drop mandarin course 4 dis sem atas sebab2 yg tak dpt dielakkan..huhuhuhu
bbq kelas aku yg happening gilerrr!!
ni mse g gabai
program ank angkt..first time mkn nsi ambeng nih..
para gadis time open house aufana
ni mse kt matrix kedah

itu je lh ye nk habaq...akhir kata, salam imtihan buat teman2 yg nk dkt final dh 2..hehehe..

3 Oktober 2010

siapa aku??

Assalammualaikum w.r.t sahabat2 tersayang........
siapakah kita???
siapakah aku???

siapa aku tanpa ibuku???
siapa aku tanpa abahku???
siapa aku tanpa teman-teman tersayangku semua???
dan yang paling penting, siapa aku tanpaMu Ya rabb????

Aku bukan siapa2 tanpa kalian semua...
Aku hanya insan hina yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari org2 yang aku sayang...
Aku khilaf tanpa bimbingan kalian semua....

Ya Allah...
Aku bersyukur kerana Kau telah berikan aku kehidupan yang cukup bermakna di dunia pinjamanMu ini..
Segala nikmat yang Kau hadiahkan, aku bersyukur Ya Allah...
Segala ujian dan dugaan yang kau berikan, aku redha dan terima segala-galanya dengan ikhlas, InsyaAllah..
Kau berikan aku cahaya yang tak dapat aku bayangkan dikala aku kegelapan...
Aku bersyukur atas setiap nafasku yang Kau pinjamkan sehingga ke hari ini...
Aku bukan siapa2 tanpa cintaMu dan kasih sygMu, Ya Allah...

Mak...
Terima kasih atas segala pengorbanan mak yg tak terhingga dari kakak kecil smpai sekarang...
Tanpa mak, kakak takkan setabah hari ini...
Tanpa sokongan mak, kakak takkan berjaya mcm sekarang ni...
Mak tak pernah merungut dan mengungkit atas segala-galanya...

Tanpa mak, kakak takkan mengenal erti hidup ini...
Terima kasih mak..kakak syg mak sangat2!!!!

Abah....
Walaupun kakak taktau dimana abah sekarang...
Ketahuilah, kakak tersangat sygkn abah...
Kakak sangat bersyukur Allah bg seorang ayah mcm abah...
Abahlah sumber semangat kakak selama nih...
Abah yang selalu menyokong kakak...
Tanpa abah, kakak mesti xkan berjaya macam harini..
Terima kasih atas segala-galanya, abah...
Kakak pun sngat sygkn abah..syg sngat2!!!





Teman-temanku....
Kalian semua sentiasa disisi disaat susah dan senang..
Tanpa kalian, pasti hidup aku tawar dan tidak semanis sekarang..
Kalianlah temanku dunia akhirat...
Dan ketahuilah tanpa kalian semua, aku bukan Nadia yang kalian kenal hari ini....
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku....
Aku sygkn kalian semua!!!persahabatan kita sentiasa dihati...


Akhir kata dariku...hidup ini xkan berbunga tanpa kalian...
Pasti aku akan jatuh dan terus hanyut tanpa bimbingan dan kaseh sayang dr kalian semua...
I luv my life and i'm fully believe my destiny...

perigi mencari timba????

Salam sayang dan salam ukhuwah buat sahabat-sahabat alam maya yg lama xketemu...
dah berhabuk dan bersawang blogku ini rupanya...
Sebelum aku merepek lg jauh, masih belum terlambat lagi kn untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..

Masa cuti raya hari tu, ramai sahabt-sahabat sekolh yg dh bertunang pn ada...yg dah nk kawin pn ada...
haiiii...seronok je aku dengar..bila la saat2 manis aku akan tiba plak ye...???

Sebut pasal perempuan pinang lelaki...hmmm..kenapa ek bila ckp je soal ni, msti ada pihak akan ckp perigi mencari timba la..terhegeh-hegeh la...gedix la..
Salah tu semua tanggapan yg dinytakan seperti di atas....

wanita1: haishhh....kenapalah hati ni selalu je berdebar-debar bila tgk mamat tu eyh...
wanita2: itu namenye ko dh suke die la tuh...
wanita3: ish apelah ko ni. malu la sikit. Kite ni perempuan, so kene jage batas2 pergaulan.
wanita2: ape pulak ko nih...dah die suke mamat 2, yg ko nk malu ni asal???
wanita1: xpelah korang..jgnlah gaduh2..nnti aku buat solat istikharah ye samada betul ke aku suke die..
wanita2: ha bguslh mcm 2...tapikan kalau ko dh dpt jwpn dr solat istikharah ko tuh, cpt2 la bertindak ye.
wanita3: ape nih bertindak-tindak plak????xkan ko nak jd perigi mencari timba plak kot...
wanita2: ape lh ko ni....xde maknenye perigi mencari timba. Nabi pn dlu dipinang oleh Siti Khadijah. So,ape    mslhnye??? 

Mengikut Islam, tak ada langsung perumpamaan yg dinyatakan seperti di atas. Bahkan pada zaman Rasullullah pn, Baginda sendiri dipinang oleh isteri tercinta, Sayyadatina Khadijah. Namun, pada masa itu, tiada seorang pn yg memandang serong hal seperti ini. Tapi kenapa zaman sekarang perlu wujud soal2 yg memalukan kaum wanita sendiri???

Tak salah sebenarnya jika seseorang wanita itu meluahkn dulu perasaan dia terhadap lelaki yang diyakininya sesuai dan layak menjadi suaminya. Apatah lg jika lelaki yang disukainya itu jenis yang pemalu dan susah untuk meluahkannya dulu. Sama juga seperti lelaki, jika mereka ini sudah mula menyukai seseorang wanita itu, maka pastilah mereka akan khuatir jika wanita yg disukai itu dipetik orang lain sebelum mereka. Begitu jugalah bagi kaum hawa. Jadi, disebabkan kekhuatiran itu, tidak salah jika mereka ingin meluahkan dahulu perasaan yang disimpan sekian lama kepada lelaki yang mereka sukai. Tetapi, hendaklah diketahui cara dan niat yang ikhlas. Bukan semata-mata ingin menunjuk-nunjuk.

So, wanita-wanita sekalian....janganlah malu2 ye kalau dah ada yang berkenan di hati. Kalau dah yakin dan pasti bahawa jejaka itu jodoh yang telah ditentukan Allah buatmu, teruskanlah usaha untuk mendapatkan hanya kerana Allah Taala.

p/s: dialog di atas tidak ada langsung berkaitan smada yang masih hidup @pn yg telah meninggal dunia.

14 Ogos 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al-Mubarak

Assalammualaikum...
Ramadhan datang lagi!!!!!!syukur alhamdullillah aku masih berkesempatan menyambut bulan yang penuh barakah pd tahun ni lagi. Cakap pasal Ramadhan ni????korg puasa x????ke setakat puasa je tp still buat perkara yg dilarang???aiiippp...jgn gitu donk...time2 bulan puase ni lah kite kene bnyk beramal. Berlumba-lumba  mencari pahala yang berganda-ganda berbanding bulan2 yang lain. Tak gitu kawan2????
Hmmmm....cakap pasal puasa nih, tak baik kn kita untuk mengumpat @ bergosip apatah lagi berfitnah sesama sndiri. Tapi apa yang ingin aku perkatakan disini, bukan berniat untuk mengata @ mengutuk sapa2. Tidak ada kaitan langsung antara yang hidup @pn mati. Tapi niat aku hanyalah untuk menyedarkan individu2 yang puasa tapi tak solat. Tergaru-garu kepala sebentar memikirkan apo kona dengan individu2 tersebut. Kadang-kadang aku pelik dengan certain2 individu ini yg berpuasa tapi langsung tak pernah solat. Bukankah kalau nak diikutkan, puasa itu lebih sukar nk buat berbanding solat???dan bukankah jugk puasa itu lebih lama kalau nak dibandingkan dengan solat yang hanya mengambil masa 5 minit untuk satu waktu????hasihhh...jgn lah begitu yunk...kejap je solat tuh..tak penat pun..tak makan bnyk masa anda pn..apa gunanya pahala puasa yang anda dapat kalau solat yang utama diabaikan????marilah kita sama2 berlumba mencari seberapa bnyk pahala yg mungkin dalam Ramadhan ni. Siapa tahu, mungkin tahun ni adalah ramadhan yang terakhir buat kita. Wallahu'alam...jadi, bangkitlah wahai teman-temanku sekalian..ayuh kita berjuang mencari keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini...Hayya bil Jihad!!!

p/s: ser0n0k bangattttt malam ni dapat terawih kt masjid negeri shah alam yang cantek tuh...even masa nk balek tadi, kesesatan mencari jln pulang, itu tak akan mematahkan semangat aku nak pergi lagi. Yeaaahhh!!!
jom pakat p ramai2....
sekian..salam sayang~
sekian...salam sayang~

3 Ogos 2010

~khas untuk insan yg bernama wanita~


Assalammualaikum w.r.t....
yessss!!!akhirnya brjaya jugak menembus gawang internet yang sedari tadi asyik gelong (xbetol) jer..ok, kite teruskan dengan pembelajaran kite pada hari ni. Eh eh...silap2..mcm cekgu la plak kan...hahaha...bkn pembelajaran tapi post yg baru tercetus dari minda sebelum nak p tidoq.hahaha...

Dear muslimah, wanita, gadis, anak2 dara sekalian....
Renung-renungkan ye...
Wanita ibarat sebijik epal...
Epal yang segar tanpa ada sedikit pun cacat cela baik dari fizikal atau dalamannya..
Epal yang berkualiti adalah epal yang berada di puncak tertinggi, yang tak termampu untuk dipetik atau digapai..
Padahal, epal yang kurang berkualiti, berada di paras yang senang untuk dipetik dan dijamah pada bila2 masa...
Bagi epal yang tidak berkualiti pula, ia sudah dipengaruhi oleh anasir2 jahat sehingga ia berguguran ke tanah..

Jadi, yang mana satukah pilihan anda???
Wahai wanita solehah, janganlah kamu risaukan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada kecantikkanmu, pada tutur bahasamu, pada lirikan senyumanmu ataupun pada lenggok badanmu yang akan meruntuhkan imannya...
Janganlah risau teman-temanku sayang,
Telah terungkap nama lelaki yang tercipta untukmu sejak di Luh Mahfuz lagi..
Lelaki yang sebenar-benarnya layak buat dirimu dan akan menerimamu seadanya..
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana peribadimu itu, 
Jika kau tetap berada di atas jalanNya, insyaAllah dia juga berada di atas jalan yang sama.
Janganlah berputus asa untuk menunggu lelaki itu kerana dia akan hadir jua dalam hidupmu suatu hari nanti....insyaAllah...
p/s: post ni jugak ditujukan untuk diriku yang sntiasa khilaf dalam menilai erti qada' dan qadarNya...aku percaya, my true man will be coming soon dan aku percaya dengan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk aku.
~Sekian....salam sayang~
~nyte~

1 Ogos 2010

the way i luv u

Assalammualaikum w.r.t....
THE WAY I LUV U,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

u are sensible..u are incredible..
i luv u, luv u damn much!!
u never forget me whenever i'm sick, and sad...
u never leave me alone when i'm gone through the hard time...
u make me fully believe at u that i'm still have u....
u make my life feel better....
u make me realized that all test that u gave me, u just wanna me be strong...
i'm very thankful to u that i still alive to continue my journey in searching ur love...
and i know, confidently know that u luv me..
and nothing in this world can compare ur love to me..

and that's the way i luv u Ya ALLAH....

30 Julai 2010

cinta pakai buang????


Assalammualaikum w.r.t sahabat handai yg amat aku sayang~
Pernahkah anda semua merasai manisnya cinta???dan pernahkah anda juga merasa betapa pahitnya itu cinta???
Cinta bermaksud satu perasaan yg datang sendiri dalam hati dengan ikhlas tanpa dipaksa. Indahnya sesuatu percintaan itu jika disulami kepercayaan dan juga kesetiaan. Sebut tentang kesetiaan, kadang2 aku pelik kenapalah susah sangat nak memupuk kejujuran dalam hati, tak kiralah perempuan ataupun lelaki. Ada juga certain2 individu yg pada mulanya teramatlh setia pada pasangannya tetapi, bila masa berlalu mulalah pelbagai kejadian yg tidak diingini akan berlaku. Yang paling popular adlah kelentong. Kelentong hanya semata-mata untuk melepaskan diri dari kesalahan. Dan, lama kelamaan kesetiaan akan bertukar kepada kecurangan. Come on la beb!!! jgn jadi mangsa kepada individu2 tersebut. Mereka2 ini hanya menjadi pasangan sebagai bahan pakai buang. Bak kata orang moden skang, cinta pakai buang. MasyaAllah....mulanya aku ingat lampin saja ada pakai buang, tapi tak tersangka la plak cinta pn dah ada yg pakai buang.
Kalau korang tanya individu2 tersebut kenapa mereka itu berperlakuan sedemikian terhadap pasangan mereka, jwpan mereka simple aje. "aku bosan la dengan dia"..."aku dah takdak perasaan sayang kt dia dh la".."dah takdak persefahaman la" dan bnyak lagi la alasan yg mereka2 itu akan berikan. Simple je kan jwapan mereka itu???ishhhh....tak paham aku...kenapa perlu bercinta kalau cepat bosan???kenapa perlu beri harapan pada org lain kalau diri sndiri tak pernah ikhlas untuk menyayangi dan disayangi???kenapa perlu berlakon kalau rasa dari awal prhubungan lagi takdak chemistry antara satu sama lain. Cinta bukan seperti lampin pakai buang beb!! cinta perlu ikhlas, tulus dari hati. Tak takut ke kalau suatu hari nanti, benda yang sama dh kita buat trhadap org lain, trjadi balik kt kita????dunia skang ni, ALLAH akan bayar cash apa yang kita buat. Jadi beringatlah sebelum bertindak menghancurkan hati org lain.

Setiap org mahukan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup. Tak dinafikan ALLAH sentiasa menguji hamba-hambaNya dan kita pasti takkan terlepas dari ujian ALLAH S.W.T tapi berfikirlah sebelum buat sesuatu keputusan. ALLAH siap bagi inisiatif lagi kalau kita dalam dilema, kita boleh buat solat istihkharah dan mintak petunjuk dariNya. Kenapa perlu pakai bomoh..ubat pengasih hanya semata-mata untuk menghancurkan hidup orang lain. Kepada sesiapa yang tika ini sedang dalam dilema dan terjerat dengan cinta 3 segi ka, 4 segi ka...better u choose the right decision. Kalau hati dah tetap betul2 sayangkn seseorang, cntailah dan sayangilah dia sepenuh hati dan jangan sesekali sakiti hatinya. Lagi bagus kalau terus kawen!!!leh mengurangkan maksiat malah menambahkan pahala!

Kesimpulannya, jadilah teman yang terbaik untuk pasangan anda. Pupuklah kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan dalam perhubungan itu. InsyaALLAH dengan kehendakNya, hubungan itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ingat!!!ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan ALLAH. Kita hanya merancang, Dia yg menentukannya...hanya cinta padaNya yang kekal abadi dunia akhirat~
That's all for this time~~~
salam sayang

7 April 2010

Assalammualaikum w.r.t.
Salam sayang dan salam ukhuwah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang majoritinya tika ini sedang berjuang menghadapi peperiksaan akhir semester. Exam aku jugak dah semakin hampir, bahang mulai terasa disegenap urat saraf dan kapilari darah.*ayat Bio*. Tapi yang peliknya aku still lagi boleh berFacebook dan berBlogging seperti tiada apa2 pun yang akan berlaku.*Wake up nadia!!!!haish..banyak assingment, report and project that you must submitted before final exam. And the exam is just two weeks from now!!!* Tapi aku tetap aku dan beginilah aku sejak dari sekolah lagi. Niat dalam hati, nak pulun study tapi hampeh habok pun takdak.*agak-agaknya aku je ke yang jadi begini???* Anyway, good luck buat sahabat-sahabat yang tengah struggle dok exam tuh.
Cakap pasai pulun study ni, mengingatkan aku pada arwah sahabat baikku, Sayuti yang dah meninggalkan dunia ini tahun lepas. Rindu pada arwah...masyaAllah hanya Allah je yang tahu. Suara dan senda gurau arwah masih terngiang-ngiang kat telinga aku. Seperti baru semalam aku bergelak ketawa bersamanya. Bila mengingatkan arwah, secara tiba-tiba semangat untuk study berapi-api dalam jiwa. Suatu ketika dulu kami pernah berjanji untuk belajar rajin-rajin dan berjaya dalam hidup. Arwah selalu bercerita pada aku tentang familiynya dan arwah juga menanam azam untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin pada familynya. Tapi, apakan daya...Allah Maha Kuasa..dia pergi dulu sebelum sempat menunaikan janji-janjinya pada family. Sehingga saat ini kalau aku teringatkan arwah, airmata mesti tak dapat ditahan daripada mengalir. Beliau seorang sahabat yang amat baik. Sentiasa memahami keadaan aku walau aku susah atau senang. Moga rohnya ditempatkan dikalangan yang beriman..amin~

Sebenarnya kisah arwah sahabatku ini boleh dijadikan semangat pada kita semua bahawa, menuntut ilmu lah sehingga ajal di hujung halkum. Ilmu takkan habis walaupun ke peringkat tertinggi kita belajar. So, menuntut lah ilmu selagi masih bernyawa..
That's all from me. Off for a while until my exam is over. jangan rindu2 sama gua yek..hahahaha..new post will coming soon.

31 Mac 2010

mama...wo ai ni..

Assalammualaikum w.r.t...
Aku rindukan mak aku...semalam aku demam. Rasa sebak sangat bila time tengah-tengah malam aku terjaga dari tidurku dan menangis teresak-esak mengenangkan ibuku di kampung. Dulu..kalau aku demam, mak aku pasti akan bersusah payah mencelikkan mata semata-mata untuk menjaga puteri tunggalnya ini. Biar tidurnya terganggu..biar matanya sembam akibat tidak ketiduran, namun dia tak pernah merungut ataupun mengungkit. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu dan begitulah kasih suci seorang insan yang bergelar ibu. Alangkah bertuah dan manjanya aku tika itu. Kini aku sedar, puteri tunggalnya ini dah menjadi dewasa dan dia sudah tidak dapat bermanja-manja seperti dahulu lagi. Betapa aku rindukan ibuku itu. Besar sungguh pengorbanannya sebagai seorang ibu. Biarpun terpaksa bersendirian menanggung aku dan adik-adikku, dia tak pernah merasakan itu satu bebanan bagi dirinya. Biarpun dia terpaksa menahan pelbagai kesusahan, dia takkan pernah membiarkan anaknya merasainya juga.

Ya ALLAH...
aku tahu Kau sentiasa ada disampingku dan hambaMu yang kesusahan..
aku pohon kepadaMu...
Kau lindungilah ibuku walau dimana pun dia berada..
berilah kesihatan yang baik kepadanya...
berilah semangat dan kekuatan kepadanya untuk menghadapi hidup ini.
hanya dialah satu-satunya sumber kekuatan aku untuk terus berjuang dalam hidup ini...

mak...kakak harap mak dapat bertahan sikit saja lagi.
Lepas ni, kakak janji kat mak...insyaAllah hidup kita takkan susah lagi macam sekarang ni...
Biar semua orang pandang rendah pada kita sekarang, biar semua orang menuduh kita macam-macam,
sebab satu hari nanti depa semua akan nampak kejayaan kakak yang selama ni diperlekehkan oleh depa.
InsyaAllah kak tak akan biaq mak hidup susah lagi.
Itu janji kakak pada mak.....

27 Mac 2010

buat wanita solehah..


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci


Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya


Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat


Penawar hati...

*Baguskan lirik lagu ni???????First time dengar, lagu ni dah berjaya memikat hati aku.
Rasa beruntung sangat dapat jadi seorang wanita. Tapi...mampukah aku menjadi seorang hamba yang taat kepadaNya????seorang anak yang taat pada mak dan abah???dan seorang isteri yang taat pada suamiku nanti???
*Ya ALLAH...alangkah indahnya ciptaanMu ini..
*Seindah-indah perhiasan duniawi adalah wanita solehah..
*Jadilah mawar berduri yang sentiasa mekar mewangi di taman indah yang satu hari nanti hanya akan dipetik oleh insan yang bergelar suami...
sekian....salam sayang~

22 Mac 2010

hot air ballon in putrajaya!!!!


salam...time for blogging!!!!time for relax after meRepair lab report yang terpaksa disubmit esok..Ponat bile nak siapkan report yang memuaskan hati lecturer...ok..straight to the point!!!HOT.AIR.BALLON.
Bessstttt sangat-sangat dapat tengok secara live hot air bellon yang amat besow tuh..macam-macam pattern ada..tapi yang amat menarik hati aku, bellon yang berbentuk buah oren. Perggghhhh....comei je bentuk die..nampak seperti buah oren terapung di udara...*terapung ke???*hmmm abaikan je ek..
Cuaca kat sana pun tersangatlah terik sampai aku sakit kepala berdenyut-denyut seperti mau pecah kepala. Dan akhirnya, memuntahkan segala isi makanan yang telah masuk ke dalam perut aku. Lembik satu badan lepas muntah...huh..Tapikan..apa-apa pun tetap besssttt...aku dah cukup berpuas hati walaupun tak berkesempatan nak naek bellon tuh sebab tiket dah habis + muntah dengan banyaknya..aku rasa syoookkk bangatttt...Thanks to my frenz yang sudi bawak aku g putrajaya tuh....*iqa, umai, atie, dalie, fara, milah n nujie berserta kawan2nyeee...*walaupun xbape kenal mbe2 nujie tuh*hehehe..

sekian....ni je untuk entry kali ni..*xtaw nak tulih apa dah*
salam..

17 Mac 2010

cahaya hati

salam kemalaman buat teman-teman yg still lagi bercelik mata seperti aku nih. Sambil melakukan assingment *ayat tak bole blah* dan berskype bersama sahabat baek pada zamat genit-genit dulu*zaman kecik2*, aku juga melakukan aktiviti berskuba sambil minum ayaq fresh orange*cewahhh..ini memang tak bole blah-menyelam sambil minum air la maksudnye tuh-*ok sambung balik cerita tadi. sambil berskuba bla..bla..tuh, aku juga mendengar sebijik lagu nasyid. Memang beezzz ar lagu tuh. Bukan saja beeezzz tapi memberi ilmu pada sesiapa yang mendengarnya. Ni dia lirik lagu tuh....

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Reff:


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Back to Reff:


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Back to Reff:


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Ha tuuddiiiaaa...bessszzz kan???kan???
nadiatull amirah likes this song!!!
anda pula bagaimana???
jawapannya di tangan anda..
okei..daaaa..salam.

15 Mac 2010

Salam ukhuwah, salam sayang satu Malaysia..hehe *dah mula nak melalut sebab tatau nak tulih apa*.
Hari ni aku nak kongsi la sebijik perasaan pada hampa semua. Hari ni aku mengalami satu perasaan sedih + kecewa sebab result test aku tak sebegitu membanggakan. Dalam erti kata laen, memang teruk bangat *cover line*. Tiba-tiba rasa menyesal lak study last minit. Ni lah dia akibatnya..*tapi tatau gak nk berInsaf*.

Untuk mengubati perasaan kecewa itu, aku cuba alihkan pada zozo. *oppppsss lupa lak nak kenalkan sapa itu zozo. Ha itulah buah hati aku kini dan selamanya..hehe..nilah dia zozo...*


Comei x????mesti la comei kn..macam tuan dia jugak.*terperasan plak*
Sebenarnya aku just nak bagitaw, tadi sewaktu aku nak bagi makanan kat si zozo ni, aku terperasan sesuatu terhadap saiz badan zozo. Nak taw apa dia???zozo da semakin berisi. Yeayyyyy!!!!itu tandanya zozo sangat bahagia bertuankan aku.ngeee~
Cakap pasal zozo, teringat plak pada si zaza.*zaza adalah pasangan zozo, tetapi disebabkan jangka hayat si zaza tidak sepanjang jangka hayat si zozo, zaza telah meninggalkan juga dunia ini. huhuhuhu...zaza sudah selamat dikebumikan di kampung halamanku di pulau pinang semasa cuti raya cina arituh. Sekarang ni, si zozo hidup menduda tanpa si zaza*. Patutkah aku mencari pengganti bagi si zozo???sabaq noh zozo..nanti mama cari isteri baru buat zozo taw...ngee~*kemerapuan yang melampau* dah aku caw dulu..daaaaa..salam..

p/s: thankz to my antie sebab kasi zozo dan zaza yang comei ni walaupun zaza dah takdak..huhuhu*

14 Mac 2010

asam pedas + i city

Salam sayang dan salam ukhwah buat teman-teman sekalian. Dah lebih 4 minggu aku tak mengUpdate aku punya blog ni. Almaklumlah dah namanya pun student, so mesti la sibuk dengan assingment dan test. Kalau teman-teman ingin tahu, aku baru ja selesai test 1 untuk semua subjek. Baru hujung minggu ni aku dapat menarik nafas lega seketika setelah bertungkus lumus memerah otak untuk test 1 yang amat mencabar minda dan otak aku. Huh....alhamdullillah aku dah berjaya lepasinya dan kini bertawakal ajelah menunggu resultnyerrr..ngee~
Hari ni, hari sabtu yang amat bessssttt skali. Sebab ape????sebab..makcik aku datang ke rumah sewa aku. Nak taw sebab ape dia sanggup turun dari Cheras ke Shah Alam ni????kerane...hehe..beliau telah memasak sejenis masakan yang dah lama aku kempunan nak makan tapi tak reti nak masak sendiri. Opppssss...terkantoi plak..haha..Lauk spesel yang beliau masakkan adalah asam pedas melaka yang spesel yang lain pernah aku rasa seumur hidup. Ada satu bahan yang beliau masukkan ke dalam asam pedas itu yang telah memelikkan aku; iaitu rempah ikan. Mungkin bagi orang Melaka, itu tidak menjadi kepelikan bagi diorang tapi bagi orang utara piooorrrr macam aku nih, agaklah pelik apabila masak asam pedas beramuankan rempah ikan. Tapi..fuhhhh memang sedap...menjilat jari. Sampai licin pinggan aku walaupun kuah hampir seperigi aku letak (metafora je beb).
Pada malam hari plak, ktorang melawat i city yang terletak berdekatan dengan rumah sewaku ini. Pergggghhhh memg besssttt ar.. Walaupun ni kali kedua aku menjejakkan kaki di i city tuh...aku tetap jadi macam jakun bila tengok keindahan lampu2 yang mencerahkan sepelosok i city tuh. Memang cannnnnttttiiikkkk bangat la...rugi sape2 yang dok berdekatan dengan seksyen 7 ini tak pergi lagi i city tuh. At least dapat mereleasekan tensen stady. Nak taw cantek ka tak cantek ka i city tuh..ha..tuuuddiiiaaa aku sediakan gambaq untuk tontonan umum. gerenti lepas hampa tengok gambaq ni terliuq nak p gak kn????ngee~

9 Februari 2010

ade aku kesah????

Salam ukhuwah dan salam sayang buat teman-teman yang aku sayang sangat-sangat. Haaa...mesti korang tertanya-tanya kan kenape tajuk entry aku kali ni macam tu kan??sebenarnye aku nak kongsi la luahan hati aku yang dah lame saket mata melihat transformasi manusia yang menimbulkan syak wasangka dikalangan orang yang melihatnya termasuklah aku.

Masih tidak memahami maksud yg ingin aku sampaikan?? Maksudnya, zaman sekarang ini terlalu ramai perempuan yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya bagi lelaki. Mungkin robot boleh melalui transformasi seperti ini tetapi kita sebagai manusia tambahan lagi beragama Islam tidak sepatutnya berperangai sedemikian.  Cukuplah bro..x payah nak ubah-ubah sifat yang Allah dah bagi kat kita. Pliss sila bersyukur.


Kalau kawan-kawan nak tahu, jika manusia di kalangan ini ditegur tentang sikap mereka yang dluar tabii itu, tredmark yang selalu kita semua akan dengar, "ade aku kesah??"..ish2...x baek macam tu my frenz..kalau lah nak diikutkan macam yang diorang kate tuh, nanya hidup wooo. Tak dak sapa dah nak peduli. Time kat dunia bolehlah nak berlagak dengan frasa sebegitu tapi ade korang pikir time kita dah mati nanti bile takdak orang pun nak kesahkan kita??bila takdak sapa pun yang nak mandikan kita, nak uruskan jenazah kita dan takdak sapa yang nak sembahyangkan kita nanti?? time tuh barulah taw tinggi langit dan bumi.


So, yang lelaki2 kat luar sana tuh tak payahlah nak patah2kan tangan anda yang Allah dah jadikan untuk memerah keringat sebagai seorang lelaki sejati. Tak payahlah nak naikkan jari telunjuk sambil menggodek-godeknya dan berkata " ade aku kesah??". Plisss tolonglah berubah menjadi lelaki sejati yang diciptakan untuk hawa. Tolonglah jangan mengurangkan lagi populasi orang lelaki sejati yang sudah tersedia berkurang. Kesianlah kat wanita-wanita sejati yang akan kehilangan calon suami kalu anda still lagi bernafsu menjadi wanita. Memang tak salah kalau lelaki mau jadi lembut, tetapi sila betulkan makna lembut yang sebetul-betulnya. Menjadi lembut memang ciri utama bagi lelaki sejati tetapi lembut disini bukannya lembut seperti lemah gemalai seorang ibu. Even tangan lembut ibu yang menghayun buaian pun mampu menggoncang dunia, apatah lagi bagi seorang lelaki yang normal. Jadikan lah Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model anda. Kelembutan perwatakan baginda telah berjaya menarik ramai kaum musyrikin Mekah zaman itu memeluk agama Allah tetapi kelembutan seorang lelaki yang tergedik-gedik seperti wanita telah membuatkan segala isi perut dimuntahkan keluar kembali akibat kegelian dan kemualan yang melampau.


Bagi wanita-wanita kat luar sana yang juga same spesies seperti laki-laki diatas, sila lah berubah kembali menjadi wanita sejati. Tak payah nak jadi seperti orang lelaki yang berlagak macho dan tahan kebal kononnye. Sedarlah hakikatnya, kita sebagai wanita adalah sebaik-baik hiasan duniawi tetapi mengapa masih ade yang tidak menghargai anugerah yang Allah dah bagi???ish x paham aku...Cukup-cukuplah dengan kelakuan ganas dan tomboi ala-ala filem cowboy tuh..hehehe..Banggalah menjadi seorang wanita kerana dirimu lebih berharga.(pinjam trademark iklan loreal jap). Cube korang pikir balik, syooook ape jadi wanita ni...siap ade macam-macam pakej. Ade ladies night la..ladies day la..n ladies toilet pn ade..(hehe gurau jerkk).


Jadi, macam mane???yang lelaki tuh, still lagi ke berkeinginan nak jadi wanita dan wanita pulak ade lagi ke yang berkeinginan nak jadi laki-laki??Ingat my frenzzz...Nabi tak ampun umat wooo..apatah lagi Allah..bertaubatlah dan berubahlah menjadi diri anda seadanya yang telah ditakdirkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Korang semua dah besar kan, so pandai-pandai la pikir..Aku mintak maaf kalau ade yang aku tersalah bahasa dalam entry ni. Niat aku cuma nak sedarkan certain-certain orang yang telah membuatkan orang lain merasa tidak selesa dengan transformasi ini. For the last time..plisss berubah..( i'm beg u with shining eyes) untuk keluarga, bangsa dan juga agama kita iaitu agama Islam. ~iluvIslam~skian, salam~

7 Februari 2010

go genting!!!!

Salam sayang dari diriku yang baru sahaja selesai berENJOY di Genting Highland!!!!!!!!!!!!!!!!!!!perghhhhh..best giler ahhh..Memang enjoy habis dapat merasa kenikmatan suhu dan cuaca di Genting yang begitu menyamankan. Korang nak tahu cite x????

Haaa macam ni, aku dan housemet ku dah merancang ke Genting ni dari semester lepas lagi tapi baru semester ni berkesempatan untuk kesana. Perancangan rapi sudah dibuat oleh pemandu pelancong kami a.k.a Nur Nabila Bustaman. Hehehe...(Yolah..antara kitorg, die je la yang penah sampai ke Genting  ni). So, setelah berbincang, kami semua memilih hari sabtu bersamaan 6 Februari 2010 untuk ke tempat yang agak sejuk itu. (macam nak annouce raya plak..) Hampir tepat pukul 8 pagi kami semua pn bertolak ke KL central untuk membeli tiket ke Genting. Dalam plan, kami semua nak naik bas tapi tup tup semua tiket bas ke Genting untuk pagi itu sudah habis di jual. Disebabkan excited sangat nak pergi, kami semua terpaksa sewa teksi. Actually bukan terpaksa la tapi sendiri rela sebab nak sangat rasa p Genting.

Lebih kurang pukul 11 setengah kami pn sampai ke tempat yang agak sejuk tu. Perghhhh cuaca kat situ memg nyaman..sejuk dan redup..(macam dlm air cond pn ada). Sampai-sampai ja, apa lagi terus p cari makanan dulu ar. Dah kenyang, baru la stat maen macam-macam. First time aku try roller coaster, uih...rasa macam nk terkencing pun ada..extreme giler tapi memang best. Rasa mcm nak try lagi. Selain roller coaster macam lagi la yang kami try...nk taw macam mana kami semua appy...ha tgk suma pic kt bawah ni..hehe..