3 Oktober 2010

perigi mencari timba????

Salam sayang dan salam ukhuwah buat sahabat-sahabat alam maya yg lama xketemu...
dah berhabuk dan bersawang blogku ini rupanya...
Sebelum aku merepek lg jauh, masih belum terlambat lagi kn untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..

Masa cuti raya hari tu, ramai sahabt-sahabat sekolh yg dh bertunang pn ada...yg dah nk kawin pn ada...
haiiii...seronok je aku dengar..bila la saat2 manis aku akan tiba plak ye...???

Sebut pasal perempuan pinang lelaki...hmmm..kenapa ek bila ckp je soal ni, msti ada pihak akan ckp perigi mencari timba la..terhegeh-hegeh la...gedix la..
Salah tu semua tanggapan yg dinytakan seperti di atas....

wanita1: haishhh....kenapalah hati ni selalu je berdebar-debar bila tgk mamat tu eyh...
wanita2: itu namenye ko dh suke die la tuh...
wanita3: ish apelah ko ni. malu la sikit. Kite ni perempuan, so kene jage batas2 pergaulan.
wanita2: ape pulak ko nih...dah die suke mamat 2, yg ko nk malu ni asal???
wanita1: xpelah korang..jgnlah gaduh2..nnti aku buat solat istikharah ye samada betul ke aku suke die..
wanita2: ha bguslh mcm 2...tapikan kalau ko dh dpt jwpn dr solat istikharah ko tuh, cpt2 la bertindak ye.
wanita3: ape nih bertindak-tindak plak????xkan ko nak jd perigi mencari timba plak kot...
wanita2: ape lh ko ni....xde maknenye perigi mencari timba. Nabi pn dlu dipinang oleh Siti Khadijah. So,ape    mslhnye??? 

Mengikut Islam, tak ada langsung perumpamaan yg dinyatakan seperti di atas. Bahkan pada zaman Rasullullah pn, Baginda sendiri dipinang oleh isteri tercinta, Sayyadatina Khadijah. Namun, pada masa itu, tiada seorang pn yg memandang serong hal seperti ini. Tapi kenapa zaman sekarang perlu wujud soal2 yg memalukan kaum wanita sendiri???

Tak salah sebenarnya jika seseorang wanita itu meluahkn dulu perasaan dia terhadap lelaki yang diyakininya sesuai dan layak menjadi suaminya. Apatah lg jika lelaki yang disukainya itu jenis yang pemalu dan susah untuk meluahkannya dulu. Sama juga seperti lelaki, jika mereka ini sudah mula menyukai seseorang wanita itu, maka pastilah mereka akan khuatir jika wanita yg disukai itu dipetik orang lain sebelum mereka. Begitu jugalah bagi kaum hawa. Jadi, disebabkan kekhuatiran itu, tidak salah jika mereka ingin meluahkan dahulu perasaan yang disimpan sekian lama kepada lelaki yang mereka sukai. Tetapi, hendaklah diketahui cara dan niat yang ikhlas. Bukan semata-mata ingin menunjuk-nunjuk.

So, wanita-wanita sekalian....janganlah malu2 ye kalau dah ada yang berkenan di hati. Kalau dah yakin dan pasti bahawa jejaka itu jodoh yang telah ditentukan Allah buatmu, teruskanlah usaha untuk mendapatkan hanya kerana Allah Taala.

p/s: dialog di atas tidak ada langsung berkaitan smada yang masih hidup @pn yg telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan