24 Oktober 2010

mahar cinta

Assalammualaikum w.r.t....
Alkisah~~~~


Suatu hari, sepasang kekasih yang tidak lama lagi akan bergelar suami isteri duduk berbincang mengenai perkahwinan mereka. Si jejaka yang sangat teruja dengan perbincangan tersebut menanyakan soalan kepada buah hati kesayangan yang tidak lama lagi akan bergelar isterinya itu.

" Sayang mahu apa sebagai hadiah perkahwinan kita nanti??"


Si gadis tersenyum lalu mula bersuara,


"Hmmm...kalau sy mahu sesuatu, betul abg akan berikan???"


Si jejaka mula hairan dengan pertanyaan si gadis itu.


"Sayang mahu apa???InsyaAllah nanti abg akan berikan."


Si gadis memberitahu,


"Sy mahu bukti cinta abg terhadap sy."


Si jejaka bertambah keliru dengan jawapan yg diberikan bakal isterinya itu.


"Bukti yang macam mana syg maksudkan itu???"


Si gadis tersenyum lagi dan menjawab,


"Bukti yang dapat menunjukkan bhw abg sygkn sy".


Tibalah hari perkahwinan mereka. Sungguh meriah dan ceria dengan dihadiri sanak saudara, rakan taulan serta kaum kerabat kedua-dua belah pihak. Disebalik kegembiraan itu, hati si jejaka kembali terusik dengan pertanyaan si gadis yang kini sudah bergelar isterinya. Si gadis tersenyum apabila melihat suaminya itu seperti dalam kerisauan yang amat sangat. Lalu si gadis berbisik di telinga si jejaka,


"Abg, kenapa abg mcm risau je ni???"


Si jejaka menjawab pertanyaan isterinya itu,


"Sehingga ke hari ini, abg masih tak  dapat cari jalan macam mana nak buktikan cinta abg terhadap syg".

Si gadis tersenyum sambil mengangkat keningnya,

"Abg nak tahu jawapannya??? dalam salah satu dulang hantaran kita, sy ada letakkan jawapan yang abg cari itu". 

Dengan serta merta si jejaka melulu ke dalam bilik pengantin yang mempunyai dulang hantaran seperti yang dikatakan oleh si gadis. Dia mencari-cari setiap dulang yang ada. Dan akhirnya, dia menemui satu sampul surat yang berwarna pink. Di sampul surat itu tertera namanya. Dibukanya sampul surat itu dengan berhati-hati agar isinya tidak terkoyak. Lalu, dia membaca dengan penuh berhati-hati isi kandungan surat itu.

Khas untuk suamiku yang tersayang,
Sy tahu abg mesti masih keliru dengan permintaan sy itu kan???jadi, sebab itu jugak, sy menulis surat ini untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran abg waktu ini. Abg mesti tertanya-tanya, bukti yang macam mana yg sy mahukan untuk menunjukkan cinta abg terhadap sy betul-betul ikhlas. 


Abg,
Sejak kita kenal, sy sudah tahu abg memang sygkn sy. Dan sejak abg melamar sy, sy tahu abg betul-betul ikhlas untuk memperisterikan sy. Tapi ada satu perkara yang sy mahu abg buktikan lepas kita kahwin nanti. Dan saya harap itulah hadiah perkahwinan yang paling bermakna buat sy hingga ke akhir hayat sy. 


Abg,
Bukti yg sy mahu dari abg, adalah dengan menyintai saya hanya kerana Allah Taala. Saya nak abg sentiasa melebihi Dia dr sy. Sy mahu abg bimbing sy dan anak-anak kita nnti ke jalanNya. Sy nak abg sentiasa menegur sy jika sy alpa kepadaNya. Sy nak kita sama-sama mencari keredhaanNya. Boleh kan abg buktikan pada sy???Itulah bukti cinta abg kepada sy yg sy harap-harapkan.


Ikhlas dr isterimu yang sentiasa menyintaimu hanya Allah Taala.

Menitis air mata si jejaka tatkala membaca surat yang penuh bermakna itu. Lalu si gadis, datang menghampiri si jejaka dan mengesat air mata si jejaka itu.

"Bolehkan abg buktikan pada sy???sy percaya dan sy yakin abg boleh lakukannya".

Si jejaka menjawab,

"InsyaAllah sayang. Abg akan buktikan pada syg cinta abg terhadap syg hanyalah untuk Allah Taala".

Mereka tersenyum sambil erat berpengangan.

*Alangkah bahagianya andai dipertemukan jodoh yang mencintai kita hanya kerana Allah Taala kan kawan2??? Tentulah perhubungan itu akan sentiasa diredhai, sentiasa disulami dengan kepercayaan dan kejujuran. Marilah kita sama-sama mencari cinta sejati hanya kerana Allah Taala. Allahuakbar!!!

p/s: kisah ini tiada kena-mengena dengan yg hidup @ yg telah meninggal dunia. Just untuk ingatan dan renungan bersama bahawa cinta manusia bukanlah apa2 andai tiada keredhaan dr Allah Taala.


1 ulasan:

  1. askum..sya tertarik dgn tulisan anda "mahar cinta"
    izinkan sya utk copy dan share..terima kasih..

    BalasPadam