Tiga bulan berlalu pantas tanpa menghapdate alam maya ini. Rutin harian aku sekarang ni, pergi kerja balik kerja tidur makan. Nak kata buzy macam super wonder woman taklah sangat. Cuma MALAS.
So, back to the story. Last weekend, aku sempat meluangkan masa untuk balik kampung plus menghadiri wedding ex classmate UITM. Dan disebabkan wedding classmate, so ada lah beberapa classmate lain yang join the club travel ke Penang. Kononnya nak mencuci mata sekali pergi weddinglah. Sambil menyelam minum ayaq, bak kata orang otagha kan.
Tudiaaa, muka pengantin berseri seri liplap liplap. Thanks menjemput kitorang ye jajah. Ok, next bermulalah pengembaraan kak yong bas sekolah travel sekitar Penang Island. Disebabkan cik Dali dah lama teringin nak ke Street Art, so akhirnya tercapai jugak sampai ke situ. Even tengah panas litlit, pakai baju kurung and orang keliling usya pelik, berjaya jugak sampai situ.
Ok selepas berpeluh peluhan bergambar di street art, Fort Cornwallis pulak la uolss.
Nampak tak muka puas dapat bergumbira bersama rakan rakan yang dah lama tak ketemu. Selalunya kami menggila di Shah Alam dan sekitarnya sahaja. Tapi kali ni lain sikit. Balik rumah semua terbongkang macam anak kucing. Next day, bertolak balik KL. Nangis sebab tak sempat nak bermanja manjaan dengan mak.
Next escape? Tunggguuuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan