20 September 2015

Trang An Grottoes - Vietnam

Assalammualaikum w.r.t

Seperti yang dijanjikan, entry kali ni aku akan berceghita pasal Trang An Grottoes pulekk. Grottoes ni bermaksud 'small cave'. Kalau ditranslatekan balik tempat ni bernama Gua Kecik Trang An. Ia terletak di daerah Ninh Binh, jauh dari Hanoi. Orang tempatan Vietnam gelarkan tempat ni sebagai Ha Long on land. Mengambil masa selama 3-4 jam drive dari Hanoi sampai kematu bontot kau menahan lenguh. Nasihat aku, sebelum engkorang semua mulakan perjalanan dari Hanoi tu, better bawak bekalan makanan bebanyak sebabnya dekat Trang An tu susah banget mau cari makanan halal. Sepanjang panjang perjalanan bas yang akan bawak korang ke Trang An tu hanya akan berhenti sekali sahaja. Time tu la nak cari toilet, air, kudap kudap bagai. Tempat persinggahan pula jangan nak verangan macam RNR kat malaysia. Plis tolong bawak botol air kecik kosong untuk memudahkan urusan pembuangan air korang.








Selepas hampir empat jam, akhirnya mulai kelihatan bukit bukit batu yang sangat cantik disertai dengan sawah padi yang menghijau di kelilingnya. Berbaloi jugak kematu bontot dan pinggang aku. Sebenarnya jarak perjalanan dari Hanoi ke Tran An cumalah lebih kurang 200km sahaja, tetapi disebabkan semua pengangkutan di Vietnam ini sangatlah berhemah memandu sekitar 60km/h, jadinya tempoh perjalanan seperti dari KL ke Penang. Fuhhh, nasib bas selesa.

Setibanya di Trang An, tour guide kami meminta untuk beratur bagi menaiki bamboo sampan. Limit cuma empat orang sahaja untuk satu sampan. Kebetulan pendayung sampan tu makcik yang agak berusia, so kami terpaksalah memerah keringat di tengah panas litlit membantu untuk mendayung. Aktiviti mendayung mengambil masa lebih kurang dua jam. Sunburn tau kulit iolss. Sepanjang mendayung melihat kecantikan alam kurniaan Illahi, (Subhanallah), kami menyusuri gua gua kecik yang takkan ada kelawar ye kawan kawan. Kiranya keluar gua, dayung 10x masuk gua balik lepastu keluar gua balik. Macamtulah sampai ke starting point kembali. But, it was a great and priceless experience. Oh ye, jangan lupa kasi tips untuk makcik yang mendayung sampan korang tadi. Kalau terlupa pon jangan risau dia akan ingatkan korang ' Tips, money money tips'. hahaha.






















Ok itu sahaja lah ceghita Trang An Grottoes. Habis je aktiviti di Trang An, kami bergerak ke Ha Long untuk stay overnight di sana. Ceghita Ha Long Bay kak nanad ceghita dalam next entry pulak ye. 

9 September 2015

Hanoi - Vietnam

Assalammualaikum w.r.t

Hanoi is a north part of the Vietnam. Mengalami 4 musim seperti negara negara Eropah tetapi tidak terlalu extreme. Untuk sesiapa yang hantu shopping, Hanoi is not the right place for you. Bolehlah kalau nak membeli belah secara ikan bilis (kecil kecilan).

Trip ke Hanoi kali ini bukan bersama travel buddies kesayangans, but with the colleagues (company trip). This is the first company trip ever for my company, and we've done a good job by choosing Hanoi. It is a veryyy beautiful place to go.

Di Hanoi, selain membeli belah secara ikan bilis, satu lagi tarikan yang kita boleh cari ialah coffee. Kami sempat merasa kopi telur dan jugak kopi yogurt. Kalau nak tau rasa dia macam mana, bila pergi Hanoi jangan lupa cari okeh.

Mari mari kita tengok gambar di Hanoi dan jugak keadaan persekitarannya. Enjoyy.























Next entry akan bercerita tentang Trang An Grottoes pula. Nak tahu keunikan dan kecantikan Trang An Grottoes, tunggu nantiiii.

Babai.