9 Februari 2010

ade aku kesah????

Salam ukhuwah dan salam sayang buat teman-teman yang aku sayang sangat-sangat. Haaa...mesti korang tertanya-tanya kan kenape tajuk entry aku kali ni macam tu kan??sebenarnye aku nak kongsi la luahan hati aku yang dah lame saket mata melihat transformasi manusia yang menimbulkan syak wasangka dikalangan orang yang melihatnya termasuklah aku.

Masih tidak memahami maksud yg ingin aku sampaikan?? Maksudnya, zaman sekarang ini terlalu ramai perempuan yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya bagi lelaki. Mungkin robot boleh melalui transformasi seperti ini tetapi kita sebagai manusia tambahan lagi beragama Islam tidak sepatutnya berperangai sedemikian.  Cukuplah bro..x payah nak ubah-ubah sifat yang Allah dah bagi kat kita. Pliss sila bersyukur.


Kalau kawan-kawan nak tahu, jika manusia di kalangan ini ditegur tentang sikap mereka yang dluar tabii itu, tredmark yang selalu kita semua akan dengar, "ade aku kesah??"..ish2...x baek macam tu my frenz..kalau lah nak diikutkan macam yang diorang kate tuh, nanya hidup wooo. Tak dak sapa dah nak peduli. Time kat dunia bolehlah nak berlagak dengan frasa sebegitu tapi ade korang pikir time kita dah mati nanti bile takdak orang pun nak kesahkan kita??bila takdak sapa pun yang nak mandikan kita, nak uruskan jenazah kita dan takdak sapa yang nak sembahyangkan kita nanti?? time tuh barulah taw tinggi langit dan bumi.


So, yang lelaki2 kat luar sana tuh tak payahlah nak patah2kan tangan anda yang Allah dah jadikan untuk memerah keringat sebagai seorang lelaki sejati. Tak payahlah nak naikkan jari telunjuk sambil menggodek-godeknya dan berkata " ade aku kesah??". Plisss tolonglah berubah menjadi lelaki sejati yang diciptakan untuk hawa. Tolonglah jangan mengurangkan lagi populasi orang lelaki sejati yang sudah tersedia berkurang. Kesianlah kat wanita-wanita sejati yang akan kehilangan calon suami kalu anda still lagi bernafsu menjadi wanita. Memang tak salah kalau lelaki mau jadi lembut, tetapi sila betulkan makna lembut yang sebetul-betulnya. Menjadi lembut memang ciri utama bagi lelaki sejati tetapi lembut disini bukannya lembut seperti lemah gemalai seorang ibu. Even tangan lembut ibu yang menghayun buaian pun mampu menggoncang dunia, apatah lagi bagi seorang lelaki yang normal. Jadikan lah Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model anda. Kelembutan perwatakan baginda telah berjaya menarik ramai kaum musyrikin Mekah zaman itu memeluk agama Allah tetapi kelembutan seorang lelaki yang tergedik-gedik seperti wanita telah membuatkan segala isi perut dimuntahkan keluar kembali akibat kegelian dan kemualan yang melampau.


Bagi wanita-wanita kat luar sana yang juga same spesies seperti laki-laki diatas, sila lah berubah kembali menjadi wanita sejati. Tak payah nak jadi seperti orang lelaki yang berlagak macho dan tahan kebal kononnye. Sedarlah hakikatnya, kita sebagai wanita adalah sebaik-baik hiasan duniawi tetapi mengapa masih ade yang tidak menghargai anugerah yang Allah dah bagi???ish x paham aku...Cukup-cukuplah dengan kelakuan ganas dan tomboi ala-ala filem cowboy tuh..hehehe..Banggalah menjadi seorang wanita kerana dirimu lebih berharga.(pinjam trademark iklan loreal jap). Cube korang pikir balik, syooook ape jadi wanita ni...siap ade macam-macam pakej. Ade ladies night la..ladies day la..n ladies toilet pn ade..(hehe gurau jerkk).


Jadi, macam mane???yang lelaki tuh, still lagi ke berkeinginan nak jadi wanita dan wanita pulak ade lagi ke yang berkeinginan nak jadi laki-laki??Ingat my frenzzz...Nabi tak ampun umat wooo..apatah lagi Allah..bertaubatlah dan berubahlah menjadi diri anda seadanya yang telah ditakdirkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Korang semua dah besar kan, so pandai-pandai la pikir..Aku mintak maaf kalau ade yang aku tersalah bahasa dalam entry ni. Niat aku cuma nak sedarkan certain-certain orang yang telah membuatkan orang lain merasa tidak selesa dengan transformasi ini. For the last time..plisss berubah..( i'm beg u with shining eyes) untuk keluarga, bangsa dan juga agama kita iaitu agama Islam. ~iluvIslam~skian, salam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan