1 September 2009

sayangggg mak,rinduuuu mak!!!

assalammuaalaikum w.r.t..


apa habaq orang kamp0ng????


ni hao ma??? (hok alorh speaking mandarin plak mentang-mentang la blajaq mandarin sem nih...)





aiseyh...da mas0k sep0luh hari kita berpuasa kan kawan2???


Rindunya aku pada mak aku dan adik aku.


teringat kueh mueh favourite aku dari air tangan kaseh seorang ibu.


(tuuuulaaaa...dulu tak reti bersyukur sangat. Mintak tu la ni la.


sekarang hab0k p0n tak dak. Semua hang kena buat sendiri. Dah la masak tak sedap. Tapi nak buat macam mana, mau tak mau kena makan jugak untuk id0p. huhuhu...)






Bila dipikiaq-pikiaq balik, peng0rbanan seorang ibu memang tiada tandingannya. Langsung tak pernah merungut even depa terpaksa bersusah demi anak-anak. Kalau mintak tolong dari orang lain, t0bat depa dah "bising" (atau dalam loghat utara "hingaq"). Tapi seorang ibu, takkan mintak apa2 balasan pun dari si anak. Betapa ruginya seorang anak yang tidak reti bersyukur kehadiran ibunya.





Semalam, aku mendapat message dari seorang teman rapat yang sentiasa bersama p tang mana p0n. Sampaikan ada yang kata kami nih kembaq la...adik beradik la..hmmm apa2 je lah. Mulanya, kami bertukar-tukar cerita tentang diri masing-masing. Al-maklumlah dah dekat tiga bulan tidak ketemu, 0f course la banyak cerita2 terkini yang hendak di sampaikan..(p/s: bukan g0sip atau mengumpat n0h). Apabila tiba ke satu message, aku tak dapat menahan ayaqmata dari mengalir. Nak tahu tak, apa isi kandungan message sahabatku itu??





"Nad, tadi aku terserempak dengan mak hang. Dia tengah beli kueh untuk berbuka".





Alangkah sebaknya hati aku tika itu. Secara tiba-tiba rasa rindu mencengkam dalam lubuk hati yang kotor lagi hina ini. Roh dan jasad meronta-ronta ingin terbang pulang ke rumah bertemu dengan ibuku. Sesungguhnya selama ini aku sudah banyak menyusahkan dia sebagai seorang anak. Dia dah banyak menanggung kesusahan hidup sejak ayahku meninggalkan kami sekeluarga. Dan aku tahu, sebelum ini dia tidak pernah merasakan kesusahan yang di alaminya sekarang sewaktu keluarga kami masih lagi bersatu. Hati ini sudah tidak sanggup biar dia menanggung segala kesusahan ini. Namun, aku tak berdaya menolong. Aku hanya mampu membahagiakan dia agar dia tidak merasa kesunyian lagi.





kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda kerana peng0rbanan yang mereka lakukan tak akan sama dengan orang lain dan anda tidak akan dapat menggantikannya sampai bila2 p0n. Kaseh sayang yang diberikan tidak dapat ditandingi kaseh sayang dari sesiapa p0n di dunia ini. Buat kepada sesiapa yang ibunya sudah tiada di muka bumi ini, janganlah anda menangisi pemergian itu sesungguhnya anda masih berpeluang berbakti padanya dengan mengirimkan seberapa banyak doa dari anak yang soleh dan solehah. Kerana doa dari anak yang soleh/solehah adalah yang paling bermakna buatnya disana.





to my mum...


kakak sayang sangat kat mak.


Even kakak dah banyak susahkan mak, mak tak pernah merungut.


Kakak akan balas budi mak suatu hari nanti walaupun kakak taw segala jasa mak terhadap kami adek beradek takkan terbalas sampai bila2 p0n.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan