27 Ogos 2009




sahabat sejati vs sahabat baek


Sahabat sejati ataupun sahabat baik????


Adakah kedua-duanya mempunyai maksud yang sama???




mengikut kamus hidup aku, kedua-dua perkataan tersebut bukan sahaja berbeza dari segi perkataannya malah sangat berbeza dari segi maksud dan definisinya sekali. Meh kita ikuti maksud sebenar sahabat sejati dan sahabat baek dari kamus hidup Nadiatull Amirah a.k.a aku.




Seorang sahabat baek tidak boleh menjadi sahabat sejati tetapi seorang sahabat sejati lebih baek dari sahabat baek...(ingat tuh kawan2..)




Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa ada disisi sewaktu susah dan senang. Tidak kiralah samada berduit ataupun tidak, mereka akan sentiasa memberi sokongan dan sentiasa cuba membantu dengan sedaya upaya. Even terpisah tujuh lautan sekalipun, mereka akan cuba menjejaki dan menghubungi sahabat2 mereka. Bagi mereka, tiada apa pun yang dapat menghalang persahabatan mereka melainkan dengan izin Allah. Ha, yang paling penting...sahabat sejati ini membina ukhwah hanya kerana Allah. Mereka ikhlas bersahabat dan menerima sahabat mereka dengan seadanya. Tidak ada syarat "high standart", "cantik" dan "berpelajaran" dalam memilih seorang sahabat. Seorang sahabat sejati tidak pernah melupakan sahabat2nya, kepentingan sahabat lebih mendahului kepentingan mereka sendiri.




Lain pulak dengan sahabat baek nih...sahabat baek cuma menempel time senang je. tapi bila da susah, hilang entah kemana. Bila dapat masalah, mulalah tercari-cari sahabat sejati. Sahabat baek cuma nampak baek di depan saja tapi kat belakang, MasyaAllah....selalu mengutuk sahabat sendiri. Mereka ini, sangat mementingkan diri sendiri. Tidak pernah memikirkan orang lain bila membuat sesuatu. Bagi mereka jika dah dapat apa yang dimahu, semua orang mereka lupakan. Waktu untuk bersuka ria, mereka akan bersuka ria bersama tetapi waktu mengalirkan airmata, mereka tiada disisi untuk menangis bersama. Dan yang paling jelas ketara pada sahabat baek nih, mereka hanya memandang status semata-mata. Hanya yang mempunyai banyak wang, yang cantik dan berpelajaran sahaja yang akan menjadi sahabat mereka.




So, mana satukah pilihan anda???adakah anda memilih untuk menjadi sahabat sejati yang disayangi ramai dan Allah ataupun anda lebih prefer untuk menjadi sahabat baek yang sekadar baek atas nama je...




P/s: kepada sahabat-sahabatku sayang...andai diriku ini adalah cuma sahabat yang baek untuk diri kalian,sedarkanlah aku,marahlah aku dan ingatkanlah aku..aku ingin menjadi sahabat sejati untuk kalian, sebagaimana kalian menjadi sahabat sejati buat diriku..Kini, aku mula sedar erti sahabat sejati yang sebenar sejak aku melangkah ke universiti.disinilah aku mengenal siapa sebenarnya sahabat sejati dan siapa sebenarnya sahabat baek buat diriku..Aku benar2 merindui sahabat2ku di skgp,hsbm , di matrik dan di plkn kem rimba taqwa..ukhwah yang terjalin di antara kita,dah
tak dapat aku cari disini
...luv u all my frenz...frenz till eternity!!!!ingatlah bahawa aku selalu merindui kalian walau di mana kalian berada...:p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan