Tinggal 2 hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak....
Alhamdullillah aku bersyukur padaNya kerana dipanjangkan usia lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini...
Tidak sabar rasanya diri ini menanti kedatanganmu, Ramadhan.
Di bulan inilah,membuatkan aku lebih teringatkan suasana di kampung sewaktu berbuka bersama ibu dan adik2ku....
Sweet sangat time 2...
Di bulan itu jugalah hubungan sillaturrahim sesama jiran tetangga dapat dieratkan dengan bertukar-tukar kueh mueh dari rumah ke rumah...
Aku masih ingat bagaimana ibuku yang terjerit-jerit menyuruhku memberi serba sedikit juadah yang disediakannya kepada jiran2ku..
Tidak lupa juga,
aku bersama adikku akan menghantar juadah berbuka kepada tok di rumahnya...
kemudian tok juga akan memberi serba sedikit kueh yang dibuatnya untuk kami....
lain pula di hujung minggu, kebiasaanya kami sekeluarga akan berbuka di rumah tok ramai2...
meriah giler time 2...
semua kueh kegemaranku juga tidak ketinggalan terhidang....
Ha....
yang besnya di bulan Ramadhan ni ialah solat tarawih...
kalo di kampung, InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku akan ke masjid bersama rakan2ku untuk menunaikan solat tarawih berjemaah...
Bak kata orang, bulan Ramadhan tidak lengkap rasanya jika tidak bertarawih...
kan..?kan...?kan...?
pokoknya, best giler la kalo Ramadhan disambut di kampung halamanku...
tapi,
apakan daya...
terpaksalah aku sedar diri yang aku kini bukan berada di kampung untuk melalui semua itu....
Even seronok dapat berbuka bersama kengkawan kat sini,
namun nikmatnya tidak seperti di kampung....
So, kepada kengkawan yang dapat berbuka bersama ahli keluarga...
hargailah saat2 indah itu...
Sebelum itu, sama2 lah kita topup iman kita di bulan yang penuh barakah ini...
time ni je la nak tambah pahala dan tebus kembali dosa2 yang kita penah lakukan sebelum ini...
seperti kata pepatah " kurangkan dosa,tingkatkan pahala...hehe"
Kepada mak,adik n semua kaum kerabat...
selamat menjalani ibadah puasa...
dan tak lupa juga kepada kengkawanku....
jangan tinggal puasa ya....tapi kalo ada sebab xpa la...
Harap boleh berkumpul lagi pada raya ni...
REALLY mizzzzzzzz u allllll!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan