27 September 2009

semoga engkau tenang disana..

salam ukhwah, salam sayang dan salam aidilfitri untuk sahabat2ku tersayang yang berada di Malaysia dan luar Malaysia..
eh jap, sebelum tuh aku nak ucapkan salam kemaafan seandainya diri ini dah banyak buat silap dan salah pada kalian sepanjang persahabatan kita....

Tanggal 18hb yang lalu, aku telah mendapat satu berita yang amat menyentuh hati kecilku. Tit...tit...tit...bunyi mesej dari handphoneku telah menarik minat untuk mengetahui apakah isi yang terkandung didalam mesej tersebut. Alangkah terkejutnya....

"kepada sahabat2 sekalian, munir telah mengalami kemalangan dan sekarang keadaannya parah di hospital".

Pegangan tangan yang memegang handphone ketika itu telah menjadi semakin longgar dan hampir sahaja handphone di tanganku ini jatuh ke bumi. Ya ALLAH...Kau selamatkanlah sahabatku itu.

Sehari sebelum aidifitri menjelma, aku telah bertanyakan keadaannya kepada seorang kenalan rapat dia dan juga aku. Melalui berita yang aku terima, keadaan sahabatku itu amat parah dan sedang koma di hospital. Sehinggalah aidilfitri, keadaannya tetap juga sama.

Tanggal 24hb baru-baru ini, satu lagi mesej yang ku terima. Mesej kali ini membuatkan aku hampir menangis dan seluruh tubuh menjadi lemah tidak berdaya. Mesej tersebut mengkhabarkan aku tentang kematian sahabatku itu. Sungguh tidak aku sangka, dia pergi dulu. Aku still lagi teringat pada raya tahun lepas, sempat lagi aku bergelak ketawa dengan dia sewaktu dia beraya dirumahku. Tapi pada tahun ni, dia sudah tak ada.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku...
Kau tempatkanlah roh sahabatku itu bersama orang-orang yang beriman..
Kau ampunkanlah semua dosa-dosanya, Ya ALLAH..

Kepada arwah...
tenanglah dikau disana...
semoga rohmu dicucuri rahmat dan diberkati...
~Al-Fatihah~

P/s: betapa singkatnya hidup ini. Pemergian sahabatku ini telah menyedarkan aku kembali hakikat kita sebagai hambaNya yang sangat kerdil disisiNya. Nyawa kita adalah milikNya dan Dia berhak mengambilnya dengan cara apa sekalipun tetapi mahukah kita kembali padaNya dengan dosa yang terpalit pada tubuh kita sedangkan kita datang ke dunia ini dengan suci tanpa dosa walau sebesar zarah????renungkanlah wahai teman...hidup ini cumalah sementara. Bukan harta, pangkat dan rupa yang menjamin kebahagiaan kita di sana tetapi amal kebaikan dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya yang menjamin kebahagiaan kita di sana. Kebahagiaan yang kekal abadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan