18 Oktober 2010

warkah untuk my 'future hubby'

Assalammualaikum w.r.t
Dear my 'future hubby',,,,,,
Walaupun saya masih belum mengenali diri awak, walaupun saya tak tahu siapa awak yg sebenarnya,
saya pasti awak ada untuk saya. Mungkin kita pernah berjumpa, pernah kenal, pernah bercakap tapi masa tuh saya tak tahu pun yg awak adalah jodoh saya. Saya mintak maaf kalau masa-masa saya tidak kenal awak tu, saya berkasar pada awak.

Awak,
Awak jaga diri awak baek-baek taw. Jangan maen-maenkan perasaan perempuan laen. Jangan tukar-tukar pasangan macam awak tukar baju awak. Saya percaya awak seorang yg setia kn2??Saya pun janji dengan awak. Saya takkan kapel dengan ssiapa dah selepas ini. Saya akan tunggu awak sorang je. Kita sama-sama berjanji taw. Tapi awak jangan lambat-lambat sangat ye.

Awak,
Saya tak sabar sangat nak jumpa dengan awak. Saya bukan nak tengok rupa awak sangat. Tapi saya nak sangat tengok agama awak. Saya nak sangat tengok keimanan awak tuh. Saya teringin sangat nak awak bimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. Sebab saya tahu, awak akan jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kan3??

Awak,
Awak baek kan??Awak seorang yang jujur kan??Awak jugak seorang sahabat yang baek kan???yang paling penting awak jugak anak yang baek kan???InsyaAllah saya jugak akan berusaha menjadi muslimah yang baek, wanita yang jujur, sahabat yang setia serta anak yang berbakti pada kedua orang tua saya. Saya harap awak jugak sayang mak abah awak seperti mana saya sayang mak abah saya.

Awak,
Secara jujur, saya tak la terer sangat dalam bab masak-memasak nih. Setakat boleh masak simple-simple je. Awak tak kisah kan???Tapi saya janji dengan awak, tiap-tiap hari saya akan masak makanan untuk awak. Awak sebut je nak makan apa, insyaAllah saya akan masakkan spesel untuk awak. Sebab mak saya cakap, air tangan isteri bawak keberkatan untuk suami. Bukan tu aje, dengan air tangan isteri, si suami akan terikat dan makin sayang pada si isteri. Saya pun nak awak sayang saya hari ke hari macam tu jugak. Saya akan cuba k.

Awak,
Mak saya cakap kalau awak dah jumpa saya nanti, mak saya suruh awak masuk meminang terus. Mak saya taknak kapel-kapel ni. Mak saya taknak kita buat perkara-perkara terlarang. Mak saya nak awak betul-betul jaga saya seperti mana dia menjaga saya dari saya kecil hinggalah saya bertemu dengan awak. Boleh kan awak menggalas tanggungjawab tu???

Awak,
Akhir kata, saya harap sangat-sangat sekarang nih, awak jugak berada di landasan yang sama seperti saya. Dengan itu, saya akan mencuba menjadi hamba Allah yang baik supaya awak pun akan membuat perkara yang sama. Sebab saya tahu, kita memang ada chemistry. Kalau tak, Allah takkan jodohkan kita berdua kan???

Saya janji akan setia tunggu awak. Saya janji akan menyayangi dan mencintai awak hanya kerana Allah Taala. Dan awak jugak kena berjanji yang awak akan sayang dan cinta saya hanya Allah Taala. Ini janji kita taw. Ingat ye wahai 'future hubbyku'....

sekian, salam sayang dari 'future wife mu'...

1 ulasan:

  1. best la ayt ni nadiatull... terharu sy... sy nk share kat fb leh x?? heee -che huzn-

    BalasPadam