28 September 2009

raya datang lagi...

Salam ukhwah dan salam sayang wahai sahabat2 ku sekalian....

Yyyyeeee..yyyyyeeeee... rayer datang lagi tahun ini...



Dah lebih seminggu umat Islam menyambut lebaran yang penuh dengan kesyukuran ini. Tapi ampa semua jangan lupa, di sebalik kegembiraan ini masih ada insan lain yang menderita. Begitulah lumrah hidup yang perlu kita akui dan mengambil iktibar daripadanya.

Okeh...dah..dah...tak mau sedih-sedih lagi. Yang pergi biarlah ia berlalu. Hidup perlu diteruskan walaupun kesedihan mencengkam ulu hati.








Ha, dah tengok pic kat atas nih????ha tuuuuuudiiiaaaa...gambaq nih kami semua pose masa open house kat umah salwa, seorang sahabat sewaktu di alam persekolahan. Besssstttt sangat time tuh sebab dapat gathering ramai2 macam zaman sekolah dulu. Teringat lagi, time sekolah dulu ramai2 konvoi naik moto masing-masing pergi beraya tapi skang semua dah pakai kereta. Ambooiiii...tuh belum keja lagi. Esok2 lagi up la noh...al-maklumlah, bakal arkitek, engineer, nurse, cikgu, dan mcam-macam lagi laaaaa..


Hmmmmm...anyway, syok sangat!!!!!!!aku harap kita semua dapat berkumpul lagi macam tuh di tahun2 yang akan datang...k????
























































































HSBM is da bezzzzzzz!!!!

27 September 2009

semoga engkau tenang disana..

salam ukhwah, salam sayang dan salam aidilfitri untuk sahabat2ku tersayang yang berada di Malaysia dan luar Malaysia..
eh jap, sebelum tuh aku nak ucapkan salam kemaafan seandainya diri ini dah banyak buat silap dan salah pada kalian sepanjang persahabatan kita....

Tanggal 18hb yang lalu, aku telah mendapat satu berita yang amat menyentuh hati kecilku. Tit...tit...tit...bunyi mesej dari handphoneku telah menarik minat untuk mengetahui apakah isi yang terkandung didalam mesej tersebut. Alangkah terkejutnya....

"kepada sahabat2 sekalian, munir telah mengalami kemalangan dan sekarang keadaannya parah di hospital".

Pegangan tangan yang memegang handphone ketika itu telah menjadi semakin longgar dan hampir sahaja handphone di tanganku ini jatuh ke bumi. Ya ALLAH...Kau selamatkanlah sahabatku itu.

Sehari sebelum aidifitri menjelma, aku telah bertanyakan keadaannya kepada seorang kenalan rapat dia dan juga aku. Melalui berita yang aku terima, keadaan sahabatku itu amat parah dan sedang koma di hospital. Sehinggalah aidilfitri, keadaannya tetap juga sama.

Tanggal 24hb baru-baru ini, satu lagi mesej yang ku terima. Mesej kali ini membuatkan aku hampir menangis dan seluruh tubuh menjadi lemah tidak berdaya. Mesej tersebut mengkhabarkan aku tentang kematian sahabatku itu. Sungguh tidak aku sangka, dia pergi dulu. Aku still lagi teringat pada raya tahun lepas, sempat lagi aku bergelak ketawa dengan dia sewaktu dia beraya dirumahku. Tapi pada tahun ni, dia sudah tak ada.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku...
Kau tempatkanlah roh sahabatku itu bersama orang-orang yang beriman..
Kau ampunkanlah semua dosa-dosanya, Ya ALLAH..

Kepada arwah...
tenanglah dikau disana...
semoga rohmu dicucuri rahmat dan diberkati...
~Al-Fatihah~

P/s: betapa singkatnya hidup ini. Pemergian sahabatku ini telah menyedarkan aku kembali hakikat kita sebagai hambaNya yang sangat kerdil disisiNya. Nyawa kita adalah milikNya dan Dia berhak mengambilnya dengan cara apa sekalipun tetapi mahukah kita kembali padaNya dengan dosa yang terpalit pada tubuh kita sedangkan kita datang ke dunia ini dengan suci tanpa dosa walau sebesar zarah????renungkanlah wahai teman...hidup ini cumalah sementara. Bukan harta, pangkat dan rupa yang menjamin kebahagiaan kita di sana tetapi amal kebaikan dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya yang menjamin kebahagiaan kita di sana. Kebahagiaan yang kekal abadi...

4 September 2009

Hayya Bil Jihad




hati yang sakit,jiwa yang mati,iman yang lemah dan ruhani yang semakin ketandusan zat-zat mahmudah...






sampai bila semua ini akan menguasai diri kita???



Dimanakah kekuatan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah yang maha indah ini??



Segampang itukah kita diperalatkan oleh syaitan durjana yang sememangnya menginginkan kehancuran anak-anak Adam??



Semudah itukah hati dan jasad kita terbang melayang menuju lembah yang penuh kejahilan lagi hina???






Ayoh anak-anak muda pewaris bangsa,pewaris agama dan juga pewaris sunnah Rasullullah S.A.W..



Bangunlah kalian,sedarlah kalian semua.



Jika bukan kita yang sendiri menyedarkan diri kita sendiri,siapa lagi???



Jika bukan kita yang mulakannya dulu,siapa lagi???







Marilah kita sama-sama bangkit...



sama-sama bangun mencari erti jihad yang sebenar...



Jihad yang bukan sekadar nama...



Jihad yang tidak semestinya di medan peperangan...



tetapi jihad pada diri kita sendiri...



Jihad pada hati, jiwa dan ruhani yang semakin kritikal tahap keimanannya...






Kalian semua bisa melakukannya!!!!



Buktikan pada dunia, umat Muhammad S.A.W bukan lemah..



Buktikan pada mata-mata yang selama ini menghina Islam, bahawa Islam bukan untuk ditindas dan dicerca tetapi Islam adalah agama suci yang melambangkan perpaduan sejagat.






Tinggalkanlah dunia kalian yang sekarang ini penuh kepura-puraan...



tinggalkanlah dunia kalian yang sekarang ini penuh dengan tipu daya syaitan.



Tinggalkanlah dunia mat rempit, ketagihan dadah dan maksiat di sana sini...



Mulakanlah kembali...



Tidak salah tersedar sekarang dari anda tidak langsung berpeluang untuk sedar..



Ingatlah,pintu taubat sentiasa terbuka selagi anda mencuba mencarinya...



Allah tidak pernah zalim pada hambaNya tetapi diri kita sendiri zalim pada diri sendiri.






P/s: entry di atas adalah untuk renungan kita bersama. Aku juga manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan silam. marilah kita sama-sama perbaiki diri kita bukan sahaja dari fizikal bahkan ruhani yang sentiasa layu dek keseronokkan dunia. Mantapkan iman, suburkan jiwa dan semailah hati dengan zat-zat mahmudah yang diredhai Allah S.W.T






sekian untuk kali ini...



peace!!!! :p

1 September 2009

sayangggg mak,rinduuuu mak!!!

assalammuaalaikum w.r.t..


apa habaq orang kamp0ng????


ni hao ma??? (hok alorh speaking mandarin plak mentang-mentang la blajaq mandarin sem nih...)





aiseyh...da mas0k sep0luh hari kita berpuasa kan kawan2???


Rindunya aku pada mak aku dan adik aku.


teringat kueh mueh favourite aku dari air tangan kaseh seorang ibu.


(tuuuulaaaa...dulu tak reti bersyukur sangat. Mintak tu la ni la.


sekarang hab0k p0n tak dak. Semua hang kena buat sendiri. Dah la masak tak sedap. Tapi nak buat macam mana, mau tak mau kena makan jugak untuk id0p. huhuhu...)






Bila dipikiaq-pikiaq balik, peng0rbanan seorang ibu memang tiada tandingannya. Langsung tak pernah merungut even depa terpaksa bersusah demi anak-anak. Kalau mintak tolong dari orang lain, t0bat depa dah "bising" (atau dalam loghat utara "hingaq"). Tapi seorang ibu, takkan mintak apa2 balasan pun dari si anak. Betapa ruginya seorang anak yang tidak reti bersyukur kehadiran ibunya.





Semalam, aku mendapat message dari seorang teman rapat yang sentiasa bersama p tang mana p0n. Sampaikan ada yang kata kami nih kembaq la...adik beradik la..hmmm apa2 je lah. Mulanya, kami bertukar-tukar cerita tentang diri masing-masing. Al-maklumlah dah dekat tiga bulan tidak ketemu, 0f course la banyak cerita2 terkini yang hendak di sampaikan..(p/s: bukan g0sip atau mengumpat n0h). Apabila tiba ke satu message, aku tak dapat menahan ayaqmata dari mengalir. Nak tahu tak, apa isi kandungan message sahabatku itu??





"Nad, tadi aku terserempak dengan mak hang. Dia tengah beli kueh untuk berbuka".





Alangkah sebaknya hati aku tika itu. Secara tiba-tiba rasa rindu mencengkam dalam lubuk hati yang kotor lagi hina ini. Roh dan jasad meronta-ronta ingin terbang pulang ke rumah bertemu dengan ibuku. Sesungguhnya selama ini aku sudah banyak menyusahkan dia sebagai seorang anak. Dia dah banyak menanggung kesusahan hidup sejak ayahku meninggalkan kami sekeluarga. Dan aku tahu, sebelum ini dia tidak pernah merasakan kesusahan yang di alaminya sekarang sewaktu keluarga kami masih lagi bersatu. Hati ini sudah tidak sanggup biar dia menanggung segala kesusahan ini. Namun, aku tak berdaya menolong. Aku hanya mampu membahagiakan dia agar dia tidak merasa kesunyian lagi.





kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda kerana peng0rbanan yang mereka lakukan tak akan sama dengan orang lain dan anda tidak akan dapat menggantikannya sampai bila2 p0n. Kaseh sayang yang diberikan tidak dapat ditandingi kaseh sayang dari sesiapa p0n di dunia ini. Buat kepada sesiapa yang ibunya sudah tiada di muka bumi ini, janganlah anda menangisi pemergian itu sesungguhnya anda masih berpeluang berbakti padanya dengan mengirimkan seberapa banyak doa dari anak yang soleh dan solehah. Kerana doa dari anak yang soleh/solehah adalah yang paling bermakna buatnya disana.





to my mum...


kakak sayang sangat kat mak.


Even kakak dah banyak susahkan mak, mak tak pernah merungut.


Kakak akan balas budi mak suatu hari nanti walaupun kakak taw segala jasa mak terhadap kami adek beradek takkan terbalas sampai bila2 p0n.