1 November 2009

salam imtihan (^^,)

assalammualaikum w.r.t...
Entry kali ini adalah untuk mereleasekan tensen buat seketika setelah dua paper final da berlalu. Uih....rasa macam nak demam woooo..tensen bukan kepalang. Tapi salah aku jugak, awal-awal sem dulu asyik main-main. MasyaAllah..sekarang da menyesal.

Tuuuudiiiaaaa...duhai sahabat seperjuangan sekalian, janganlah ikut perangai macam aku ni. Kelak merana badan, batin terseksa sebab tak cukup tidoq.(padan muka)

Tapikan, aku dah sedaq something baru-baru ni. Tuuupun, setelah dapat mesej dari seorang sahabat sekelas sewaktu di alam matrikulasi dulu. Mesejnya ditaip macam ni....


"Andainya ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH,

andainya ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH,

tapi ingatlah walau kita cemerlang atau tidak,
hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya...

Moga kita tak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH,

dan yang penting kita sudah berusaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH..."

Ha..tuuudiiiaaa..rasa bersemangat tak??
Jangan pula disalah tafsir mesej diatas.
Kejayaan tidak mustahil untuk dicapai dan kegagalan bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan. Hidup ini seperti roda. Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk merasai nikmat manisnya sewaktu di atas. Janganlah ditangisi kegagalan kerana disitulah permulaan kepada kejayaan. Jika diizinkan ALLAH, atas segala usaha yang kita lakukan untuk mengecap kejayaan itu pasti akan membuahkan hasil yang lumayan kelak. Jika kita sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh, janganlah lupa bertawakal kepadaNya kerana itulah step terakhir untuk kita mendapat restu dariNya. Dan ingatlah, selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini, selagi roh masih dijasad dan selagi nyawa masih belum tersekat di hujung halkum, selagi itulah kita masih berpeluang menimba ilmu. Bukan setakat ilmu di dunia tetapi yang paling utama ilmu yang akan membantu kita disana kelak yakni ilmu akhirat.



InsyaALLAH.......................






Go!Go!Go! keep it up!!

you can do it and also i can do it!!!

let's go try our best in this final exam!!

Chaiyook!!!aja fighting!!!



MA'A TAUFIQ WAN NAJAH fil imtihan...(^^,)
P/s: terima kaseh sangat kepada sahabatku, Siti Fathiah Amni yang masih mengingati diri ini walaupun kita sudah lebih setahun tidak bertemu. Setiap sem nak exam je, pasti handphoneku ini mendapat mesej good luck dari dia even teman-teman sekelasku yang lain dah hilang khabar berita. Really miss you my dear friend..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan