29 Oktober 2009

realiti vs fantasi










salam imtihan duhai sahabat-sahabatku sekalian....
Alangkah indahnya andai hidup ini sekadar fantasi yang bisa aku corakkannya mengikut kemahuan aku. Alangkah indahnya andai hidup ini cuma mimpi yang akan hilang sebaik aku terjaga dari tidur. Namun, semua itu cuma anganan yang tidak akan menjadi realiti. Aku sedar setiap manusia di muka bumi Allah ini, Dia dah uji macam-macam dugaan hidup. Aku juga sedar, setiap manusia juga Dia dah sediakan nikmat yang melimpah-ruah sehinggakan ada dikalangan manusia itu menjadi kufur nikmat. MasyaAllah...alangkah bertuahnya hidup ini andai aku dapat menghargai setiap nikmat yang Allah bagi pada aku. Kini, aku dah kehilangan segala-galanya. Aku dah kehilangan keluarga seperti orang lain. Aku dah kehilangan sahabat yang satu ketika dulu pernah menjadi sumber semangat aku. Dulu, aku ada segala-galanya. Tapi, aku tidak pernah bersyukur dan berpuas hati. Aku berdosa sangat-sangat, Ya Allah. Segala-galanya telah terlambat bila aku sedar semua itu. Aku ditinggalkan disaat-saat aku perlukan semua orang yang penting dalam hidup aku. Aku tak tahu nak mintak tolong pada siapa. Aku buntu...aku dah hampir tenggelam di dasar laut nikmat yang selama ini aku tidak pernah reti bersyukur padaNya. Tangan aku terkapai-kapai meminta tolong tetapi tiada siapa yang sudi membantu.

Akhirnya Dia datang selamatkan aku dari arus yang semakin menolak diri aku ke lembah penyesalan. Dia hadir menyedarkan aku tika aku rasa hidup ini sudah tidak ada harapan dan kebahagiaan lagi. Dia hadir membawa cahaya menerangi hidup aku yang semakin malap. Dia hadir di kala aku betul-betul memerlukan Dia disisi aku. Alhamdullillah....kini aku semakin kuat menghadapi hari-hari yang semakin mencabar dalam hidup aku. Aku dapat hidup walaupun aku sudah tiada ayah yang boleh bantu aku disaat-saat aku perlukan bantuan dari dia, aku juga dapat berdiri walaupun sudah tiada sahabat yang selalu mengelap sisa-sisa airmata yang menitis dipipi aku di kala aku menangis. Aku juga dapat bertahan walaupun hanya seringgit yang ada dalam dompetku tika ini sebab aku tahu, Dia sentiasa ada memerhatikan aku. Dan aku juga tahu, Dia dah sediakan hikmah yang baik untuk aku di kemudian hari. Biar aku menangis waktu ini, biar aku terduduk waktu ini dan biarlah aku jatuh sekalipun, aku tetap pasti Dia ada untuk aku dan juga untuk hamba-hambaNya yang kedukaan.

Dan....Dia lah Allah Ya Rabb...

Tuhan sekalian alam..


P/s: duhai sahabat..jangan ditahan kesedihan yang kau rasa dalam hati. Sebaiknya kau luahkanlah dan lepaskanlah segala-galanya kesedihan yang kau rasa itu. Dan selepas itu, solatlah dan berdoalah kepadaNya agar diberi kekuatan dan semangat. Hanya Dia yang dapat mengembalikan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup kau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan