19 Oktober 2009

Duhai masa...







salam sayang duhai sahabat yang sentiasa bermain diingatan ini. Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Sesungguhnya masa sangat mencemburui manusia. Tak kira dimana, ia tetap akan mengejar dan terus mengejar sehingga kita penat dan tidak bisa berlari lagi dan ketinggalan jauh kebelakang. Kadang-kadang aku terfikir, alangkah indahnya hidup andai masa yang telah kita lalui boleh berputar semula. Segala yang manis bisa dirasai sekali lagi dan segala kesilapan bisa diundur semula dan memperbaiki segalanya. Andai masa itu dapat berpatah balik,

aku takkan bertindak bodoh mengungkapkan kata sayang pada seseorang yang amat aku sayang sehinggakan kini terputusnya persahabatan yang telah di bina disebabkan madah cinta dari seorang insan yang tidak matang. Andai masa itu dapat berputar kembali, ingin aku tarik semula kata-kata yang pernah aku lafazkan padanya. Sungguh aku tidak sangka setelah dua tahun tidak berkirim khabar, kini dia kembali aku temui tetapi segala-galanya telah berubah. Segala-galanya sudah tidak seperti dahulu. Ya, Allah...kalau lah aku tahu semua ini akan terjadi, sungguh aku takkan meluahkan isi hatiku padanya. Sungguh aku tak mahu persahabatan aku dengannya terputus disebabkan rasa yang sia-sia ini. Aku menyesal, Ya Allah..Kau kembalikanlah persahabatan kami seperti dulu. Seperti dua tahun lepas yang sentiasa diwarnai dengan gelak ketawa dan gurau senda dari dia. Aku sangat-sangat merindui dia sebagai seorang sahabat. Jujur dan ikhlas dari lubuk hati ini, aku tidak mengharapkan ungkapan cinta dan sayang padanya sebagai seorang insan yang pernah menyayanginya. Aku cuma berharap, dia tetap menganggap diri ini sebagai seorang sahabat yang pernah dia kenali satu ketika dulu. Sungguh Ya Allah..aku sentiasa doakan kebahagiaan dia walau dengan siapa pun yang dia pilih. Aku sentiasa doakan dia dunia akhirat. Kini, andai dia sudah tidak dapat menerima aku sebagai seorang sahabat, aku terima keputusannya. Sesungguhnya, hati ini terlalu sedih dan rasa bersalah mencengkam lubuk hati. Namun, apakan daya aku...aku tak mampu merubah segala yang sudah terjadi. Inilah hakikat yang perlu aku terima walaupun perit dan sakit. Aku perlu mengucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya pada dia. Kalau selama ini pengakuan isi hatiku itu telah membuatkan hidupnya tidak tenteram, aku benar-benar minta maaf dan mulai saat ini, aku tidak akan menganggu ketenangan hidupnya lagi. "Semoga kau bahagia"......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan