27 Ogos 2009




sahabat sejati vs sahabat baek


Sahabat sejati ataupun sahabat baik????


Adakah kedua-duanya mempunyai maksud yang sama???




mengikut kamus hidup aku, kedua-dua perkataan tersebut bukan sahaja berbeza dari segi perkataannya malah sangat berbeza dari segi maksud dan definisinya sekali. Meh kita ikuti maksud sebenar sahabat sejati dan sahabat baek dari kamus hidup Nadiatull Amirah a.k.a aku.




Seorang sahabat baek tidak boleh menjadi sahabat sejati tetapi seorang sahabat sejati lebih baek dari sahabat baek...(ingat tuh kawan2..)




Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa ada disisi sewaktu susah dan senang. Tidak kiralah samada berduit ataupun tidak, mereka akan sentiasa memberi sokongan dan sentiasa cuba membantu dengan sedaya upaya. Even terpisah tujuh lautan sekalipun, mereka akan cuba menjejaki dan menghubungi sahabat2 mereka. Bagi mereka, tiada apa pun yang dapat menghalang persahabatan mereka melainkan dengan izin Allah. Ha, yang paling penting...sahabat sejati ini membina ukhwah hanya kerana Allah. Mereka ikhlas bersahabat dan menerima sahabat mereka dengan seadanya. Tidak ada syarat "high standart", "cantik" dan "berpelajaran" dalam memilih seorang sahabat. Seorang sahabat sejati tidak pernah melupakan sahabat2nya, kepentingan sahabat lebih mendahului kepentingan mereka sendiri.




Lain pulak dengan sahabat baek nih...sahabat baek cuma menempel time senang je. tapi bila da susah, hilang entah kemana. Bila dapat masalah, mulalah tercari-cari sahabat sejati. Sahabat baek cuma nampak baek di depan saja tapi kat belakang, MasyaAllah....selalu mengutuk sahabat sendiri. Mereka ini, sangat mementingkan diri sendiri. Tidak pernah memikirkan orang lain bila membuat sesuatu. Bagi mereka jika dah dapat apa yang dimahu, semua orang mereka lupakan. Waktu untuk bersuka ria, mereka akan bersuka ria bersama tetapi waktu mengalirkan airmata, mereka tiada disisi untuk menangis bersama. Dan yang paling jelas ketara pada sahabat baek nih, mereka hanya memandang status semata-mata. Hanya yang mempunyai banyak wang, yang cantik dan berpelajaran sahaja yang akan menjadi sahabat mereka.




So, mana satukah pilihan anda???adakah anda memilih untuk menjadi sahabat sejati yang disayangi ramai dan Allah ataupun anda lebih prefer untuk menjadi sahabat baek yang sekadar baek atas nama je...




P/s: kepada sahabat-sahabatku sayang...andai diriku ini adalah cuma sahabat yang baek untuk diri kalian,sedarkanlah aku,marahlah aku dan ingatkanlah aku..aku ingin menjadi sahabat sejati untuk kalian, sebagaimana kalian menjadi sahabat sejati buat diriku..Kini, aku mula sedar erti sahabat sejati yang sebenar sejak aku melangkah ke universiti.disinilah aku mengenal siapa sebenarnya sahabat sejati dan siapa sebenarnya sahabat baek buat diriku..Aku benar2 merindui sahabat2ku di skgp,hsbm , di matrik dan di plkn kem rimba taqwa..ukhwah yang terjalin di antara kita,dah
tak dapat aku cari disini
...luv u all my frenz...frenz till eternity!!!!ingatlah bahawa aku selalu merindui kalian walau di mana kalian berada...:p

24 Ogos 2009


Assalammualaikum w.r.t...

salam ukhwah...salam jihad...dan salam sayang wahai teman-teman...

Apa habaq hari nih?macam mana dengan posa(puasa)??

ada yang letih ka??atau penat??atau aktif semacam???

hmmmm..apa-apa pun, tahniah kepada sesiapa yang berjaya menempuh 2 hari Ramadhan yang lepas dengan tabah..(ceeeewaaahhh)

tapi sedih kan...??

nak tahu kenapa??

sebabnya,Ramadhan da semakin singkat..huhuhu...

Entah berpeluang lagi atau pun tak kita bertemu dengan Ramadhan tahun depan kan...

Wallahua'lam..


sebut tentang puasa...

nak dijadikan al-kisah, hari pertama berbuka...rasa seeeedih sangat...

nak tahu kenapa???

yang pertama, jauh dari family..rindu bangat kot sama family aku.

yang kedua, bazar kat rumah aku ni tak bukak lagi..jadi,terpaksalah kami semua memasak untuk berbuka..memang kalut giler la time tuh sebabnya dah dekat pukul 7 malam k0t...

dan yang ketiga, semasa tunggu untuk berbuka tuh, kami semua tengok la cite shinchan..al-maklumlah hari sabtu kan..

sampai shinchan da habis,barulah semua tertanya-tanya samada sudah azan ke belum..disebabkan was-was, pukul 7.33 malam baru kami semua berbuka...

hahahahaa...lucu bangat kan???

tapi tak lucu sangat p0ng...


beginilah dugaannya di hari pertama bulan Ramadhan pada tahun nih..

di kesempatan ini,aku ingin membuat pengumuman penting lagi imp0rtant!!!

e..eh..bukan sama ke tuh, Nadia oiii...

tak kisahlah apa-apa pun..

pengumuman itu adalah, aku dah beli tiket balik raya!!!!

hoooorayyy!!!

saja je nak buat ampa semua jelez padahal tak penting sangat pun.



p/s: puasa yang y0k,

mangket pagi bukak periok...hehe..(lagu zaman budak-budak dulu)

(ampa semua jangan jadi macam ni n0h...Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

puasa lah dengan seikhlas hati kerana Allah bukan kerana duit raya, taw!!!)

peace!!!sampai ketemu lagi!!!

wassalam...=p

19 Ogos 2009

balas dendam????!!

ish.....
geram sungguh aku kat dia.
rasa macam nak balas dendam ja..
aku kat sini teriak sorang2, dia pulak boleh tersengeh-sengeh macam kerang busuk dengan awek baru dia...
hishh..geram betoi la...
dia ingat aku ni tak dak harga diri ka???
bila mau, mai cari aku, bila tak mau mula la guna alasan macam2 nak buang aku...
menyampah betoi...
kalau la aku jumpa dia, memang macam nak putaq kepala dia 360 darjah ja...

Subhanallah, Nadiatull Amirah.....
Astaghfirullahala'zim.....
Apa yang ang melalut tak tentu pasai nih???
Ang sedaq tak apa yang baru terdetik di hati ang tadi???
Ang dah mula menyimpan dendam taw tak!
Dan perasaan dendam, hasad dengki tuh semua syaitan punya keja...
Depa dah mula serapkan zat-zat mazmumah ke dalam hati ang.
Ang sedaq tak nih??!!
oooiii...bangun, nadia!
jangan biaq syaitan durjana tu mengawal emosi dan diri ang.
Ang perlu lawan balik...
Aja fighting!!!!!

yang sudah2 tuh biaq ja lah...
Tak guna pun ang nak balas dendam...
Lagipun, sakit ni ang yang cari sendiri kan....?kan...?
So, terima je lah..
Kalau kot iapun ang dapat balas dendam, semua kesakitan yang ang alami dulu tu akan lenyap macam tu saja ka???
Gerenti takkan hilang punya...
Ang kena sedaq, ni semua hasutan syaitan durjana yang mau sesatkan ang.

perkara yang seelok-eloknya ang buat adalah berdoa banyak2.
mintak ketenangan dariNya...
Hanya Dia ja yang boleh buat ang tenang dan kembali berfikiran waras.
Go back 2 Al-Quran n As-sunnah...

For that guy pulak...
biaq la dia dengan hidup dia...
dia nak buat apa pun,ang tak payah peduli dah..
tak salah jika ang nak mendoakan kebahagiaanya..
mungkin dengan cara tu, hati ang akan lebih tenang.
Apa-apa pun ang mesti ingat, ni adalah salah satu dugaan dari ALLAH untuk ang..
Dia nak temukan ang dengan orang yang salah dulu sebelum bertemu dengan jodoh ang yang sebenar-benarnya...
jadikan ini satu kisah silam ang dan make sure jangan ulanginya kembali.
pasti ada pelangi indah yang menanti ang suatu hari nanti....InsyaAllah...
the main point is...
hidup perlu diteruskan biarpun sisa-sisa pahit kenangan dulu masih ada dalam ingatan..
dan ingatlah Allah sentiasa ada di sisi ang tak kiralah di mana saja..
Dialah kekasih sejati yang abadi...

18 Ogos 2009

Ya ALLAH....Ya ALLAH....

Diri ini banyak berdosa padaMu...
Diri ini telah hanyut dengan nafsu dunia yang penuh kepura-puraan...
Diri ini telah leka dalam mengejar arus dunia...
Dan diri ini juga pernah terlupa mengucapkan syukur di atas segala nikmat kurniaanMu....

Maafkanku, Ya ALLAH...
Aku benar-benar khilaf....
Aku benar-benar alpa....
Aku benar-benar takut,
Takut pada azabMu...
Terimalah taubatku, Ya ALLAH....

Sesungguhnya aku tidak reti bersyukur atas segalanya...
Kini baruku sedar....
Butir-butir airmata menitis mengenangkan betapa jahilnya aku selama ini...
Ampunkan aku, Ya ALLAH...

Aku terlalu jahil...
Aku terlalu naif...
Aku tidak pernah menghargai cintaMu padaku...
Ya ALLAH...
Betapa berdosanya aku padaMu...
Ampunkan salah dan khilafku selama ini, Ya ILLAHI...

Ya ALLAH, pemilik nyawaku...
Aku rela segala qada' dan qadarMu...
Jika hari ini adalah hari terakhirku....
Kau temukanlah aku dengan redhaMu...
Aku pasrah atas segalanya yang Kau telah tentukan untukku...
Kerna hanya Kau satu-satunya tahu yang terbaik buat hambaMu...

Jika perjuanganku di dunia ini masih diperlukan....
Kau bimbinglah aku agar aku tidak terjerumus kembali seperti dulu..
Sesungguhnya aku terlalu lemah....
Kuatkanlah imanku, Ya ALLAH....
Lindungilah aku dari putus asa yang bisa meruntuhkan kepercayaanku terhadapMu..


Mulai saat ini...
Aku berjanji padaMu, Ya ALLAH...
Aku akan mencuba sedaya upayaku menjadi seperti mawar berduri yang mekar di taman larangan...
Hanya dengan izinMu, aku dimiliki oleh seorang hamba yang bergelar suami...
Hanya dengan izin dan keredhaanMu,
Kebahagiaanku kekal abadi hingga ke akhir hayat....InsyaAllah...

AhLaN WaSaHLaN Ya RaMaDhAn!!!!!!


Tinggal 2 hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak....

Alhamdullillah aku bersyukur padaNya kerana dipanjangkan usia lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini...


Tidak sabar rasanya diri ini menanti kedatanganmu, Ramadhan.

Di bulan inilah,membuatkan aku lebih teringatkan suasana di kampung sewaktu berbuka bersama ibu dan adik2ku....

Sweet sangat time 2...

Di bulan itu jugalah hubungan sillaturrahim sesama jiran tetangga dapat dieratkan dengan bertukar-tukar kueh mueh dari rumah ke rumah...

Aku masih ingat bagaimana ibuku yang terjerit-jerit menyuruhku memberi serba sedikit juadah yang disediakannya kepada jiran2ku..


Tidak lupa juga,

aku bersama adikku akan menghantar juadah berbuka kepada tok di rumahnya...

kemudian tok juga akan memberi serba sedikit kueh yang dibuatnya untuk kami....

lain pula di hujung minggu, kebiasaanya kami sekeluarga akan berbuka di rumah tok ramai2...

meriah giler time 2...

semua kueh kegemaranku juga tidak ketinggalan terhidang....


Ha....

yang besnya di bulan Ramadhan ni ialah solat tarawih...

kalo di kampung, InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku akan ke masjid bersama rakan2ku untuk menunaikan solat tarawih berjemaah...

Bak kata orang, bulan Ramadhan tidak lengkap rasanya jika tidak bertarawih...

kan..?kan...?kan...?

pokoknya, best giler la kalo Ramadhan disambut di kampung halamanku...


tapi,

apakan daya...

terpaksalah aku sedar diri yang aku kini bukan berada di kampung untuk melalui semua itu....

Even seronok dapat berbuka bersama kengkawan kat sini,

namun nikmatnya tidak seperti di kampung....

So, kepada kengkawan yang dapat berbuka bersama ahli keluarga...

hargailah saat2 indah itu...


Sebelum itu, sama2 lah kita topup iman kita di bulan yang penuh barakah ini...

time ni je la nak tambah pahala dan tebus kembali dosa2 yang kita penah lakukan sebelum ini...

seperti kata pepatah " kurangkan dosa,tingkatkan pahala...hehe"


Kepada mak,adik n semua kaum kerabat...

selamat menjalani ibadah puasa...

dan tak lupa juga kepada kengkawanku....

jangan tinggal puasa ya....tapi kalo ada sebab xpa la...

Harap boleh berkumpul lagi pada raya ni...

REALLY mizzzzzzzz u allllll!!!!!!!!!!!!!!!






17 Ogos 2009

Dugaan hidup


Hidup ini seperti roda...

kadang-kadang kita berada di bawah,

kadang-kadang berada di atas...

seperti jugak dugaan yang kita hadapi..

kadang-kadang dugaan itu amat ringan seperti belon yang senang dinaikkan oleh angin ke udara...

kadang-kadang dugaan itu amat berat seperti batu yang dihempapkan ke dada.

terasa sesak dan amat menyeksakan...

namun, kita sering lupa...

dugaan itulah yang membuatkan kita menjadi matang dan berani berdepan dengan kenyataan...

dugaan itulah juga yang banyak mengajar kita erti kesabaran....


aku jugak pernah diuji dengan berbagai dugaan hidup yang maha berat.

malah,sehingga kini aku masih diuji kesabaranku menghadapi setiap dugaan ini....

aku pernah terduduk,hampir tewas tatkala diri ini sudah tidak tahan menanggung segala-galanya...

namun, hatiku menjerit....


"nadia, inilah dugaan hidup yang hang perlu tempuh...

kalau hang tak melawan,sapa lagi yang akan tolong hang...

mungkin segala yang terjadi, ada hikmah yang perlu hang fikirkan kembali...."


setelah itu, aku mula bangun dan kembali tersedar.

aku menangis sekuat hatiku dengan harapan hati ini akan kembali tenang...

lalu, aku menadahkan tanganku memohon pada Yang Kuasa...


"Ya Allah....

Tolonglah hambaMu ini...

Bantulah aku menghadapi semua ini...

Aku tahu Kau telah menyiapkan aku sesuatu yang terbaik di kemudian hari...

Kuatkanlah hatiku sehingga ke saat itu, Ya Allah...

Amin..."


mengertilah wahai sahabat2ku...

hidup ini tidak akan lengkap tanpa dugaan dariNya...

setiap dugaan yang datang bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan...

dugaan yang datang, tidak bernoktah selagi kita masih bergelar hambaNya di dunia yang fana ini...

dan itu juga bererti Allah masih sayang pada kita walaupun ada sesuatu ketika kita pernah lupa padaNya...

luv u ALLAH!!!!