11 Ogos 2011

emotionless thursday!!

Assalammualaikum w.r.t~

Hari kesebelas berpuasa di bulan Ramadhan dan hari kesebelas jugak maseh maintain menahan nafsu untuk tidak jejakkan kaki ke bazaar ramadhan.yippppiiee!!terima kaseh untuk housemet-housemet yang sama-sama bergilir-gilir memasak juadah berbuka puasa selama kesebelasan hari ini.memang dah lulus dapat title 'menantu' ahh.huuuuu.
ok.back to the topik.tajuk kat atas tu memang nak gempak aje kan.ok.entry aku yang lepas,pasal aku terlebih emo-emo kan?*ala yang pasal buaya tembaga tu*.so,entry kali ni aku nak emotionless pulak.ekceli,aku pun tak pasti sebenarnya apa mood aku yang sebenarnya.*abaikan perkataan 'sebenarnya' yang TERrepeat dua kali di situ*.
hari ni,dah masuk empat hari berturut-turut aku attend HALAL talk yang dianjurkan oleh company aku.dah macam aku ni HALAL comittee pulak.sungguh terserlah kegigihan aku minggu ni.sebenarnya ada la input yang aku dapat tentang HALAL dari pihak JAKIM yang ingin aku kongsikan sikit-sikit kat korang.tapi,it's up to you la samada nak terus baca ataupun tak.
ok.sebelum-sebelum ni,kita semua beranggapan bahawa HALAL adalah 'tak makan babi ataupun anjing'.kan.kan.kan?sebenarnya,maksud HALAL ni tak terikat dengan anggapan yang cenggitu je.HALAL bukan saja tak makan benda-benda gitu,tapi kita kena pastikan tempat pemprosesan serta makanan yang kita makan itu bersih dan berkualiti.kalau sesebuah makanan itu bukan babi atau anjing sekalipun tapi kotor,makanan itu jugak boleh dikatakan tak HALAL.ok?faham?korang kena faham jugak even tak faham.
seterusnya,pasal logo halal.pernah tak korang belek barang yang korang beli samada logo halal tu wujud ataupun tak kat barang tu?tolonglah cakap ada pelisss.ok.yang logo halal ni untuk barang-barang yang bersumberkan makanan aje ye.jangan pulak korang terbelek-belek kat jam tangan ke,baju ke,handphone ke logo halal tu.sumpah,takkan jumpa punyaaa.ok.lepas korang menelek logo HALAL yang tertera kat barang makanan tu,ada tak rupa logo tu cenggini?


Haaaaa.yang ni logo HALAL yang tulen lagi asli.tak dapat dibeli dimana-mana.dalam malaysia ni,cuma ada satu je logo HALAL dan kat atas tu je logonye.kalau korang jumpa logo yang laen selaen logo diatas,itu makna tetttttt.....*ha faham-faham sendiri la ye.semua kan da besau*

ok.lagi satu,aku nak sentuh jugak la isu KFC sikit.sebelum-sebelum ni,ada la jugak tersebar rakaman pasal KFC ni.aku pun taktau rakaman apa sebenarnya,sebab kalau aku tengok,memang confirm aku takkan jejak kaki kat KFC tu dah.tapi naseb baek la jugak aku tak tengok.sebab aku rasa video tu just angkara dengki dan khianat semata-mata.sebabnya,pegawai JAKIM sendiri cakap bahawa KFC di malaysia ni memang disahkan HALAL.ok.macam mana JAKIM luluskan HALAL dekat KFC?macam ni prosesnye..

  • semua ayam-ayam yang akan digunakan oleh KFC yang seterusnya akan dimakan oleh anda-anda sekalian, dijamin dari sumber yang HALAL.ok.HALAL yang macam mana?HALAL dari segi makanan yang diberikan oleh ayam tersebut semasa proses penternakan dan jugak HALAL dari segi proses penyembelihannya. 
  • ok.seterusnya,tempat pemprosesan ayam KFC itu jugak diaudit oleh pihak JAKIM dengan teliti sebelum diluluskan.maksud aku,bahagian dapur la.
  • selepas kesemua benda-benda yang di atas itu diluluskan,barulah pihak JAKIM akan memberikan sijil HALAL yang sah.
faham kan?jadi,toksah nak pening-pening pasal KFC dah selepas ni.itu je yang aku mampu kongsikan.sebab aku bukannya pegawai JAKIM pun.so,kalau ada yang salah,sorry la ye.kalau korang nak detail brand-brand yang dah dapat kelulusan HALAL dari JAKIM,bole masuk laman web ni www.halal.gov.my.lagi satu,kadang-kadang,korang mesti pernah jugak dapat list-list brand yang tak halal dan halal kan?diingatkan lagi sekali ye,sila semak dalam laman web JAKIM list-list yang latest.sebab list-list yang kita dapat tu,yang version lama punyaa.mungkin sesetengah brand yang dulunya HALAL tapi sekarang dah tak HALAL.dan begitu jugak sebaliknya.so better korang cek cepat.ok.aku dah penat bebel.dah macam lagak pembaca berita dah aku ni.
notapalalutut: aku pelik jugak dengan masyarakat malaysia ni.yg macam kes KFC tu lah.dah memang terang kot,ada label HALAL.siap iklan dalam tv lagi,tapi masih jugak ada yang was-was.tapi kalau starbuck tu tak ada pun logo halal,asal tak was-was pulak yang nak minum?erm.tepuk dada tanya iman.jangan tanya aiman ye.sebab aiman akan jawab 'aiman tak kesah'.huuuuu.hari ni,aku masuk talk,aku asyek tampar nyamuk je.sampai semua orang pandang aku.pelik aku dengan nyamuk sekarang.demand gilaa sampai dalam aircond pun nak sedut darah manusia.huh.harap-harap talk esok tak ada nyamuk lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan