7 Jun 2011

apa khabar 'future hubby ku'??

Assalammualaikum w.r.t~
Dear my future hubby,
Awak sihat???mak, ayah awak jugak sihat??macam mana dengan life awak sekarang???awak tak nakal-nakal kan??saya harap awak tak nakal-nakal sebab saya pun tengah mencuba sedaya upaya menjadikan diri saya tak nakal. Kita sama-sama berjanji taw.

Awak.....
Ekceli, saya rindu sangat nak jumpa dengan awak. Walaupun saya tak pasti siapa awak, walaupun entah kita kenal ataupun tak sebelum ni, saya tetap rindu nak jumpa awak. Saya tak kisah pun bila orang bercakap saya ni tak betul sebab rindukan orang yang tak pasti. Saya jugak tak kisah kalau orang nak cakap saya gila bila saya rindukan kemunculan awak. Sebabnya...saya pasti dan yakin yang awak ada untuk saya. Cuma masa je belum mengizinkan untuk kita bertemu.

Awak....
Macam mana dengan persiapan awak untuk bertemu dengan saya lagi??semuanya berjalan dengan lancar tak??macam mana dengan persiapan untuk masa depan kita bersama??semuanya awak dah siapkan ke??tak sabarnya saya nak lalui hidup masa depan yang indah bersama awak. Awak janji kan yang awak akan sentiasa ada bersama saya saat susah atau senang??

Awak.....
Macam mana hal awak dengan Allah plak???saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Saya berharap awak sentiasa berada di jalanNya. Insya Allah atas jalanNya itulah kita akan bertemu, atas jalanNya itulah kita akan mencipta bahagia yang kekal sampai ke syurga. Awak jangan mudah terpedaya dengan godaan taw. Saya percaya awak ni...

Akhir sekali, saya harap kita akan cepat bertemu. Sekurang-kurangnya, takde lah saya asyik nak rindukan awak. Awak jangan lama-lama sangat taw nak cari saya. Saya tengah tunggu awak ni..awak jangan tinggal solat..jangan hampakan mak ayah awak..buat baek dengan semua orang taw..awak jaga diri awak baek-baek ye.

salam sayang dari future wife mu...




2 ulasan:

  1. hehe..la..single ag ke..hahahah...ingtkn da brpnya...

    BalasPadam