16 Mei 2011

~selamat ari cekgu~

Assalammualaikum w.r.t buat teman-teman tersayang~

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua insan2 yang bergelar guru di Malaysia. Anak2 murid pun sudah bersiap sedia dengan hadiah masing2 untuk diberikan kepada guru yang mereka kasihi. Teringat zaman kanak2 dahulu, bila masuk bulan Mei je mak bapak mesti dah siap garu kepala. Sebab apa??sebab terpaksa kopak keluarkan duit apabila anak2 minta untuk beli hadiah untuk guru masing2. Soory la mak, abah ye.hehehe..nakal jugak time kecik2 dulu.tapi, nk buat macam mana duit sendiri takdak lagi time tu. 
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru pada cikgu2 saya dari taski abim sampai la lecturer2 di uitm ni. Jasamu dikenang, cikgu. Terima kaseh atas didikan dan ilmu yang cikgu2 dah berikan sampai saya berjaya menjejaki tanah universiti macam hari ini. Saya mungkin tak dapat balas segala ilmu yang telah cikgu2 curahkan tapi, saya yakin cikgu pasti tersenyum bangga apabila melihat kejayaan anak didikmu ini kelak. InsyaALLAH...

Tak lupa jugak kepada rakan2 seperjuangan yang bakal bergelar guru. Selamat hari guru jugak diucapkan. Jadilah warga pendidik yang berkaliber dan berdedikasi mendidik anak bangsa. Banyak pahala korang. yang bestnye, mesti dapat banyak hadiah. kn3??tapi yang penting bukan hadiah, tapi penghargaan yang telah diberikan oleh anak2 didik kalian itu yang mampu membuatkan anda terus bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Stop sampai disini.


Next entry: first day intern~


p/s: teringin nak jumpa cekgu dayangku anita. Guru kelas masa time darjah satu dulu. Dah hampir 15 tahun menghilang tanpa khabar berita sejak saya masuk darjah 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan