31 Mac 2010

mama...wo ai ni..

Assalammualaikum w.r.t...
Aku rindukan mak aku...semalam aku demam. Rasa sebak sangat bila time tengah-tengah malam aku terjaga dari tidurku dan menangis teresak-esak mengenangkan ibuku di kampung. Dulu..kalau aku demam, mak aku pasti akan bersusah payah mencelikkan mata semata-mata untuk menjaga puteri tunggalnya ini. Biar tidurnya terganggu..biar matanya sembam akibat tidak ketiduran, namun dia tak pernah merungut ataupun mengungkit. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu dan begitulah kasih suci seorang insan yang bergelar ibu. Alangkah bertuah dan manjanya aku tika itu. Kini aku sedar, puteri tunggalnya ini dah menjadi dewasa dan dia sudah tidak dapat bermanja-manja seperti dahulu lagi. Betapa aku rindukan ibuku itu. Besar sungguh pengorbanannya sebagai seorang ibu. Biarpun terpaksa bersendirian menanggung aku dan adik-adikku, dia tak pernah merasakan itu satu bebanan bagi dirinya. Biarpun dia terpaksa menahan pelbagai kesusahan, dia takkan pernah membiarkan anaknya merasainya juga.

Ya ALLAH...
aku tahu Kau sentiasa ada disampingku dan hambaMu yang kesusahan..
aku pohon kepadaMu...
Kau lindungilah ibuku walau dimana pun dia berada..
berilah kesihatan yang baik kepadanya...
berilah semangat dan kekuatan kepadanya untuk menghadapi hidup ini.
hanya dialah satu-satunya sumber kekuatan aku untuk terus berjuang dalam hidup ini...

mak...kakak harap mak dapat bertahan sikit saja lagi.
Lepas ni, kakak janji kat mak...insyaAllah hidup kita takkan susah lagi macam sekarang ni...
Biar semua orang pandang rendah pada kita sekarang, biar semua orang menuduh kita macam-macam,
sebab satu hari nanti depa semua akan nampak kejayaan kakak yang selama ni diperlekehkan oleh depa.
InsyaAllah kak tak akan biaq mak hidup susah lagi.
Itu janji kakak pada mak.....

27 Mac 2010

buat wanita solehah..


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci


Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya


Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat


Penawar hati...

*Baguskan lirik lagu ni???????First time dengar, lagu ni dah berjaya memikat hati aku.
Rasa beruntung sangat dapat jadi seorang wanita. Tapi...mampukah aku menjadi seorang hamba yang taat kepadaNya????seorang anak yang taat pada mak dan abah???dan seorang isteri yang taat pada suamiku nanti???
*Ya ALLAH...alangkah indahnya ciptaanMu ini..
*Seindah-indah perhiasan duniawi adalah wanita solehah..
*Jadilah mawar berduri yang sentiasa mekar mewangi di taman indah yang satu hari nanti hanya akan dipetik oleh insan yang bergelar suami...
sekian....salam sayang~

22 Mac 2010

hot air ballon in putrajaya!!!!


salam...time for blogging!!!!time for relax after meRepair lab report yang terpaksa disubmit esok..Ponat bile nak siapkan report yang memuaskan hati lecturer...ok..straight to the point!!!HOT.AIR.BALLON.
Bessstttt sangat-sangat dapat tengok secara live hot air bellon yang amat besow tuh..macam-macam pattern ada..tapi yang amat menarik hati aku, bellon yang berbentuk buah oren. Perggghhhh....comei je bentuk die..nampak seperti buah oren terapung di udara...*terapung ke???*hmmm abaikan je ek..
Cuaca kat sana pun tersangatlah terik sampai aku sakit kepala berdenyut-denyut seperti mau pecah kepala. Dan akhirnya, memuntahkan segala isi makanan yang telah masuk ke dalam perut aku. Lembik satu badan lepas muntah...huh..Tapikan..apa-apa pun tetap besssttt...aku dah cukup berpuas hati walaupun tak berkesempatan nak naek bellon tuh sebab tiket dah habis + muntah dengan banyaknya..aku rasa syoookkk bangatttt...Thanks to my frenz yang sudi bawak aku g putrajaya tuh....*iqa, umai, atie, dalie, fara, milah n nujie berserta kawan2nyeee...*walaupun xbape kenal mbe2 nujie tuh*hehehe..

sekian....ni je untuk entry kali ni..*xtaw nak tulih apa dah*
salam..

17 Mac 2010

cahaya hati

salam kemalaman buat teman-teman yg still lagi bercelik mata seperti aku nih. Sambil melakukan assingment *ayat tak bole blah* dan berskype bersama sahabat baek pada zamat genit-genit dulu*zaman kecik2*, aku juga melakukan aktiviti berskuba sambil minum ayaq fresh orange*cewahhh..ini memang tak bole blah-menyelam sambil minum air la maksudnye tuh-*ok sambung balik cerita tadi. sambil berskuba bla..bla..tuh, aku juga mendengar sebijik lagu nasyid. Memang beezzz ar lagu tuh. Bukan saja beeezzz tapi memberi ilmu pada sesiapa yang mendengarnya. Ni dia lirik lagu tuh....

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Reff:


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Back to Reff:


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Back to Reff:


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Ha tuuddiiiaaa...bessszzz kan???kan???
nadiatull amirah likes this song!!!
anda pula bagaimana???
jawapannya di tangan anda..
okei..daaaa..salam.

15 Mac 2010

Salam ukhuwah, salam sayang satu Malaysia..hehe *dah mula nak melalut sebab tatau nak tulih apa*.
Hari ni aku nak kongsi la sebijik perasaan pada hampa semua. Hari ni aku mengalami satu perasaan sedih + kecewa sebab result test aku tak sebegitu membanggakan. Dalam erti kata laen, memang teruk bangat *cover line*. Tiba-tiba rasa menyesal lak study last minit. Ni lah dia akibatnya..*tapi tatau gak nk berInsaf*.

Untuk mengubati perasaan kecewa itu, aku cuba alihkan pada zozo. *oppppsss lupa lak nak kenalkan sapa itu zozo. Ha itulah buah hati aku kini dan selamanya..hehe..nilah dia zozo...*


Comei x????mesti la comei kn..macam tuan dia jugak.*terperasan plak*
Sebenarnya aku just nak bagitaw, tadi sewaktu aku nak bagi makanan kat si zozo ni, aku terperasan sesuatu terhadap saiz badan zozo. Nak taw apa dia???zozo da semakin berisi. Yeayyyyy!!!!itu tandanya zozo sangat bahagia bertuankan aku.ngeee~
Cakap pasal zozo, teringat plak pada si zaza.*zaza adalah pasangan zozo, tetapi disebabkan jangka hayat si zaza tidak sepanjang jangka hayat si zozo, zaza telah meninggalkan juga dunia ini. huhuhuhu...zaza sudah selamat dikebumikan di kampung halamanku di pulau pinang semasa cuti raya cina arituh. Sekarang ni, si zozo hidup menduda tanpa si zaza*. Patutkah aku mencari pengganti bagi si zozo???sabaq noh zozo..nanti mama cari isteri baru buat zozo taw...ngee~*kemerapuan yang melampau* dah aku caw dulu..daaaaa..salam..

p/s: thankz to my antie sebab kasi zozo dan zaza yang comei ni walaupun zaza dah takdak..huhuhu*

14 Mac 2010

asam pedas + i city

Salam sayang dan salam ukhwah buat teman-teman sekalian. Dah lebih 4 minggu aku tak mengUpdate aku punya blog ni. Almaklumlah dah namanya pun student, so mesti la sibuk dengan assingment dan test. Kalau teman-teman ingin tahu, aku baru ja selesai test 1 untuk semua subjek. Baru hujung minggu ni aku dapat menarik nafas lega seketika setelah bertungkus lumus memerah otak untuk test 1 yang amat mencabar minda dan otak aku. Huh....alhamdullillah aku dah berjaya lepasinya dan kini bertawakal ajelah menunggu resultnyerrr..ngee~
Hari ni, hari sabtu yang amat bessssttt skali. Sebab ape????sebab..makcik aku datang ke rumah sewa aku. Nak taw sebab ape dia sanggup turun dari Cheras ke Shah Alam ni????kerane...hehe..beliau telah memasak sejenis masakan yang dah lama aku kempunan nak makan tapi tak reti nak masak sendiri. Opppssss...terkantoi plak..haha..Lauk spesel yang beliau masakkan adalah asam pedas melaka yang spesel yang lain pernah aku rasa seumur hidup. Ada satu bahan yang beliau masukkan ke dalam asam pedas itu yang telah memelikkan aku; iaitu rempah ikan. Mungkin bagi orang Melaka, itu tidak menjadi kepelikan bagi diorang tapi bagi orang utara piooorrrr macam aku nih, agaklah pelik apabila masak asam pedas beramuankan rempah ikan. Tapi..fuhhhh memang sedap...menjilat jari. Sampai licin pinggan aku walaupun kuah hampir seperigi aku letak (metafora je beb).
Pada malam hari plak, ktorang melawat i city yang terletak berdekatan dengan rumah sewaku ini. Pergggghhhh memg besssttt ar.. Walaupun ni kali kedua aku menjejakkan kaki di i city tuh...aku tetap jadi macam jakun bila tengok keindahan lampu2 yang mencerahkan sepelosok i city tuh. Memang cannnnnttttiiikkkk bangat la...rugi sape2 yang dok berdekatan dengan seksyen 7 ini tak pergi lagi i city tuh. At least dapat mereleasekan tensen stady. Nak taw cantek ka tak cantek ka i city tuh..ha..tuuuddiiiaaa aku sediakan gambaq untuk tontonan umum. gerenti lepas hampa tengok gambaq ni terliuq nak p gak kn????ngee~