Assalammualaikum w.r.t...
Al-Fatihah~
Disaat-saat airmata masih hangat terasa dipipi, disaat mata sudah mulai membengkak menangisi pemergiaan seorang sahabat yang amat-amat aku sayangi, aku titipkan entry ini khas buatnya walaupun aku tahu dia sudah tidak dapat lagi membacanya setiap entry-entryku seperti dahulu.
Sangat sekejap masa berlalu apabila ditelingaku ini masih lagi terngiang-ngiang suaranya yang selalu memberikan kata-kata nasihat dan leteran, pabila telinga aku ini masih lagi segar terngiang gelak ketawa dari dia...Ya ALLAH...seorang lagi sahabatku telah meninggalkan aku setelah arwah Munir. Dan kali ini aku lebih sedih dari pemergian arwah Munir dahulu kerana sahabatku ini amat rapat denganku sejak dibangku sekolah lagi. Dialah tempat aku mengadu, dan bergelak ketawa saat aku gembira dan sedih. Alangkah singkatnya hidup ini.......Baru sahaja 2 malam sebelum dia meninggal, aku dapat bercakap dengannya di telefon dan baru kini aku tahu bahawa itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. Bukan aku tak redha pemergiaannya itu, cuma aku kesal dan terkilan sebab tak dapat jumpa dia buat kali yang terakhir. Yang mampu aku lakukan hanyalah dapat membaca yassin dan mendoakannya dari jauh. "Aku mintak maaf banyak-banyak Yut..sebab tak dapat balik jumpa hang buat kali yang terakhir..."
Selepas ini, sudah tidak ada lagi panggilan telefon darinya yang selalu mengejutkan tidurku di tengah-tengah malam dan sudah tidak ada lagi sekujur tubuh yang akan aku selalu jumpa tika di kampung halamanku. Saat ini aku sudah merinduinya..............
"Ya ALLAH...kuatkanlah aku untuk terima pemergiaannya itu...
Kau ikhlaskanlah hatiku untuk melepaskan dia pergi dari dunia yang fana ini..
Sesungguhnya dia adalah seorang sahabat yang baik dunia akhirat..
Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, Ya ALLAH...dan Kau ampunkanlah segala salah dan silapku terhadapnya sewaktu hayatnya masih ada...sebab diri ini tidak sempat mengucapkannya dia hadapan arwah sendiri.."
Semoga hang tenang di sana Sayuti....
Aku akan sentiasa merindui hang dan akan sentiasa ingat segala nasihat yang hang bagi kat aku..
Selamat tinggal buat selamanya...
Innalillahiwainnaillahiraji'un.....
Al-Fatihah..................
11 November 2009
8 November 2009
si buta dan si kaya
Assalammualaikum w.r.t sahabat-sahabat sekalian yang sentiasa melekat dalam ingatan seolah-olah ada gam gajah yang membuatkan ingatan terhadap kalian semakin kuat dan bertambah kukuh dari hari ke hari.( metafora ja nih..tp sungguh, ikhlas aku sentiasa rindu akan sahabat-sahabat lama yang dah lama tak ketemu).
Amboiii..panjang aih intro aku kali nih. Ok da...da..da....point utama aku dapat feel nak menulis ptg ni adalah disebabkan...[ch0p!! bukan menulis daaaa...tp menaip lor..sorry ye..almaklumlah, musim exam nih, asek menulis je la kojenyeeee..] Ha, berbalik kepada feel aku tadi, sebenaqnya macam ni..tadi aku ada la bukak satu laman web ni..perghhhhh memang sarat dengan ilmu, mantop dan memberi keinsafan kepada pembaca-pembacanya. Nak tau tak laman web apa tuh??cuba teka.........jeng3....
jawapannya adalah.......iluvislam.com....
yayyyy!! 10 markah untuk nadia!!!
Ha...ampa semua mesti da lama tau kan kewujudan website nih??apa lagi, cuba la jadi ahli. Macam-macam ada...mesti anda tidak akan menyesal punya..(promote iluvislam pulak dah....)
Ok..ok...stop nadia dengan promote hang tuh...
cepat berbalik kepada tujuan asal hang. Sebenaq-benaqnya, aku ada TERbaca satu artikel ni. Artikel ni bertajuk si buta dan si kaya. Nak dengaq tak kisah nih??ok....cuba pejam mata anda [ ish apa hang ni nadia..kalau pejam mata macam mana nak baca??? ha betoi gak noh...]ok2..serius! dah cuba ampa semua tarik nafas dalam2 dan cuba tumpu perhatian dengan kesah ini.( p/s: aku tak amek sebijik-sebijik kesah tuh, aku tambah sikit2 buat ayat sendiri. Tidak berkaitan antara yang hidup atau mati. Cerita ini rekaan semata-mata dan tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada pembaca yang membaca kesah ini dan relate dengan kehidupan kita seharian)
Alkisah.............................................................
ada la seorang insan yang cacat dan buta. Dia ni takdak apa-apa pun kat dunia ni. Sehelai sepinggang la bak kata orang melayu. Dia hanya menanggung kehidupannya dengan hasil duit sedekah yang diberikan orang kepadanya. Sehinggalah pada suatu hari, sedang dia duduk bersila dengan gelas kaca yang berisi beberapa keping wang syiling di hadapannya, ada sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapannya. (tak kesahlah kereta apa yang ampa nak, BMW ka...Ferrari ka...Peugeot ka..yang penting memang kereta itu mewah bangat la..) dari perut kereta tersebut, keluarlah seseorang yang tampan lagi segak bergaya iaitu si kaya. Secara tiba-tiba, si kaya tersebut menghulurkan tangannya kepada si buta itu. Dengan terpinga-pinga, si buta bertanya pada si kaya, "kemanakah kamu ingin membawaku?". Sejurus diajukan pertanyaan tersebut, lalu si kaya pun tersenyum sambil menjawab, "aku ingin membawamu menuju kebahagiaanmu". Lantas si kaya membawa si cacat buta tersebut ke mahligai indahnya yang gah tersergam. Tidak cukup dengan itu, si kaya juga telah mengupah doktor-doktor pakar dari serata dunia untuk mengembalikan kenormalan si cacat buta itu. Anggota yang dahulunya cacat, sudah kembali normal seperti orang lain dan mata yang dahulunya buta, sudah bisa melihat alam ciptaan Allah seperti insan lain. Si cacat buta itu tadi tersangatlah bersyukur dan telah bertukar kepada si bertuah. Si kaya telah memberi sepenuh kepercayaan kepada si bertuah untuk mengendalikan syarikatnya dan juga telah menjodohkannya dengan anak gadisnya. Hasil usaha si bertuah yang tidak pernah jemu, syarikat milik si kaya telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. (itulah rezeki namanya..Alhamdullillah..) Atas jasa baik si kaya, si bertuah itu tadi telah memuji si kaya di hadapan rakan-rakannya. Si kaya tersangatlah gembira dan memberi lebih banyak ganjaran pada si bertuah. Si bertuah juga tidak pernah lupa kepada si kaya dan sentiasa menghubungi si kaya walaupun time susah atau senang. Itulah buktinya betapa sayangnya si bertuah pada si kaya. Tamat....
Ha...paham dok cerita ini??
dapatkah anda relate dengan kehidupan anda sekarang???
Meh kita susuri tamsilan kepada kesah di atas ini...
Si cacat di atas merujuk kepada kita, umat manusia yang penuh dengan cacat cela. Si kaya pula merujuk pada ALLAH yang Maha Esa yang mempunyai segala-galanya dan mampu merubah apa yang dikehendakiNya. Manakala si bertuah juga merujuk pada umat manusia yang mendapat segala nikmat yang ALLAH bg kat dunia ni. Kita sebagai manusia yang penuh dengan sifat kekurangan telah diberikan nikmat oleh ALLAH untuk kemudahan kita melakukan segala-gala pekerjaan yang disuruh olehNya dan setiap pekerjaan itu tiada alasan untuk kita tidak mengerjakannya. Syarikat pula merujuk kepada pahala. Semakin kita ikhlas dan bersungguh-sungguh beramal, insyaALLAH ganjaran pahala yang ALLAH bagi pun akan berlipat ganda. Oleh itu, kita sebagai umatNya, janganlah lupa kepadaNya dan sentiasalah mendekatkan diri kita kepadanya even time susah ataupun senang. Dan ingatlah, ALLAH tidak pernah melupakan hambaNya dan akan membantu hamba-hambaNya melainkan hamba-hambaNya yakni kita sendiri yang melupakannya..Astaghfirullahala'zim...
Sekian untuk entry kali ni..panjang kan??sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang serba kekurangan itu datang dari saya sendiri..Wassalam..
1 November 2009
salam imtihan (^^,)
assalammualaikum w.r.t...
Entry kali ini adalah untuk mereleasekan tensen buat seketika setelah dua paper final da berlalu. Uih....rasa macam nak demam woooo..tensen bukan kepalang. Tapi salah aku jugak, awal-awal sem dulu asyik main-main. MasyaAllah..sekarang da menyesal.
Tuuuudiiiaaaa...duhai sahabat seperjuangan sekalian, janganlah ikut perangai macam aku ni. Kelak merana badan, batin terseksa sebab tak cukup tidoq.(padan muka)
Tapikan, aku dah sedaq something baru-baru ni. Tuuupun, setelah dapat mesej dari seorang sahabat sekelas sewaktu di alam matrikulasi dulu. Mesejnya ditaip macam ni....
"Andainya ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH,
andainya ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH,
tapi ingatlah walau kita cemerlang atau tidak,
hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya...
Moga kita tak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH,
dan yang penting kita sudah berusaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH..."
Ha..tuuudiiiaaa..rasa bersemangat tak??
Jangan pula disalah tafsir mesej diatas.
Kejayaan tidak mustahil untuk dicapai dan kegagalan bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan. Hidup ini seperti roda. Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk merasai nikmat manisnya sewaktu di atas. Janganlah ditangisi kegagalan kerana disitulah permulaan kepada kejayaan. Jika diizinkan ALLAH, atas segala usaha yang kita lakukan untuk mengecap kejayaan itu pasti akan membuahkan hasil yang lumayan kelak. Jika kita sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh, janganlah lupa bertawakal kepadaNya kerana itulah step terakhir untuk kita mendapat restu dariNya. Dan ingatlah, selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini, selagi roh masih dijasad dan selagi nyawa masih belum tersekat di hujung halkum, selagi itulah kita masih berpeluang menimba ilmu. Bukan setakat ilmu di dunia tetapi yang paling utama ilmu yang akan membantu kita disana kelak yakni ilmu akhirat.
InsyaALLAH.......................
Go!Go!Go! keep it up!!
you can do it and also i can do it!!!
let's go try our best in this final exam!!
Chaiyook!!!aja fighting!!!
MA'A TAUFIQ WAN NAJAH fil imtihan...(^^,)
P/s: terima kaseh sangat kepada sahabatku, Siti Fathiah Amni yang masih mengingati diri ini walaupun kita sudah lebih setahun tidak bertemu. Setiap sem nak exam je, pasti handphoneku ini mendapat mesej good luck dari dia even teman-teman sekelasku yang lain dah hilang khabar berita. Really miss you my dear friend..
Langgan:
Catatan (Atom)