Assalammualaikum w.r.t
Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam hidup ni terlalu banyak kebetulan dan kejadian luar jangkaan yang terjadi. Kadang kadang ianya membuatkan seperti jalan cerita yang tak masuk dek akal dan kadang kadang ianya hanyalah ilusi minda seseorang yang terlalu yakin pada naluri hati sendiri. Kebetulan yang terjadi membuatkan kita terfikir adakah ianya sekadar mimpi ataupun betul betul realiti. Hanya tuan punya badan dan Tuhan sahaja yang tahu cerita disebaliknya.
Terlalu banyak kebetulan terjadi antara 'kita'. Hanya 'kita' dan Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang telah terjadi. Apabila bercerita sana sini, sudah semestinya orang lain akan mentertawakan kebetulan antara 'kita', malah mungkin ada yang menyatakan ini cuma mimpi dan seperti jalan cerita novel. Tapi hakikatnya, hanya 'kita' dan Tuhan sahaja yang tahu. Tolonglah jangan menafikan lagi kebetulan ini.
Mungkin kebetulan inilah yang akan mempertemukan 'kita' kembali satu hari nanti. Walaupun kedengaran seperti mustahil akan berlaku, percayalah pada janji Allah. Andai Allah mengizinkan 'kita' akan berjumpa, pastinya adalah satu kebetulan yang sangat indah akan terjadi. Aku akan menunggu hari kebetulan itu.
'Kita' dipertemukan oleh kebetulan dan takdir, 'kita' jugak dipisahkan oleh kebetulan dan takdir yang sama. Aku bersyukur akan kebetulan itu yang telah memperkenalkan 'kita' suatu ketika dulu. Tidak mungkin akan dilupakan kebetulan itu sepanjang hayat aku. Terima kasih Tuhan, disebabkan kebetulan itu aku merindukan dia, sayang dan terpaksa melepaskan dia pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan