7 Februari 2011

only him..

Assalammualaikum w.r.t…
Seorang hamba Allah telah bertanya pada sy,
‘Apa ciri2 calon lelaki pilihan awak??’ Saya ketawa apabila diajukan persoalan sebegitu. Disebabkan persoalan itu, sy akhirnya terfikir sesuatu yang selama ini tidak terlintas langsung untuk sy berfikir aknnya..
Soalan itu memang satu soalan maut yang sy sendiri tak terjawab. Bukan takut untuk menjawab, tetapi takut kalau2 ciri2 yang sy inginkan itu sudah pupus dalam diri lelaki zaman kini. Setelah beberapa ketika berfikir, sy akhirnya bersuara

‘Sy tak perlukan lelaki, tapi sy perlukan seorg suami yang merangkap kekasih hati sy dunia akhirat.’

‘Sy tak perlukan kesetiaannya terhadap diri sy tetapi cukuplah sekadar kesetiaannya terhadap Allah yg satu.’

‘Sy tak perlukan keprihatinannya sepanjang masa, tetapi sudah cukup jika dia prihatin akan waktunya bertemu Allah.’

‘Sy tak perlukan seseorang yang menjaga penampilannya ketika dengan sy, tetapi sy sgt kagum jika dia pandai menjaga penampilannya sewaktu bertemu Allah yang tercinta.’

‘Sy tak perlukan suara manja yang berkata-kata romantik, tetapi cukup sekadar ketenangan yang sy dapat apabila dia mengalunkan nota-nota cinta Allah pd sy.’

‘Sy tak perlukan seseorang yang obses menjaga diri sy, tetapi sy cuma perlukan keobsesan dia menjaga dirinya sendiri agar diri sy terjaga.’

Dan akhir sekali…
‘Sy perlukan seseorang yg dapat merubah diri sy menjadi seorang muslimah sejati. Sy perlukan bimbingannya untuk mengikhlaskan perubahan sy itu hanya kerana Allah Taala.’

p/s: terharu dgn satu kisah cinta benar dimana seorang lelaki yang berpegang teguh pada agamanya, berjaya merubah hidup seorang gadis sosial kepada seorang muslimah sejati. Semoga cinta mereka hanya kerana Allah Taala dan semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan