ques:
Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceramah,usrah ni xdok kesan kt umat'..adakah penyataan mereka ni betul?
ans:
Dakwaan puak tersebut yg mengatakan ceramah dan usrah tidak berkesan adalah menyimpang dari kebenaran. Sesuatu pertubuhan tidak boleh mendakwa hanya cara mereka yg betul. Semua orang Islam yg berusaha mengajak manusia kembali mentaati Allah adalah dikira mulia disisi Allah samada cara politik, tulisan, mengajar atau seumpamanya. Masih ramai pengikut tabligh yang tidak tahu menunaikan ibadah2 Islam dengan betul walau pun telah bertahun2 bersama2 jemaah tersebut. Ini menunjukkan cara mereka itu yg tidak kena atau ada kelmahannya. Ini belum diambil kira dakwaan puak tersebut yang mengatakan politik tiada dalam Islam. Ini adalah jelas merosakkan aqidah dan Islam mereka itu. Walhasil ikutlah jemaah yang ramai yang telah terbukti berjaya menyedarkan manusia tentang pentingnya kembali menurut ajaran Islam seperti yang dibawa oleh2 ulamak2 kita bukan dengan mengikut orang2 jahil yang bukan ulamak.
jwpn dar ustaz Azhar Idrus.
Sesungguhnya saya tersangat2 setuju dengan jawapan yang diberikan ustaz Azhar Idrus. Mungkin niat ahli puak tabligh ini adalah untuk berdakwah ke jalan Allah tetapi cara dan tindakan yang mereka ambil telah membuatkan segala tentang Islam diragui. Segala yang dilakukan oleh ahli puak ini tersangatlah complicated seperti bertapa di masjid 40 hari 40 malam, pergi rumah ke rumah untuk memaksa muslim yang lain beribadat di surau atau masjid dan sebagainya. Kenapa perlu menyulitkan sesuatu yang sudah tersedia ringkas??
Islam adalah agama yang ringkas, senang untuk dipraktikkan. Tetapi kenapa mesti membuatkannya sukar di kaca mata orang ramai???fenomena-fenomena yang terjadi depan mata saya:
- Bertapa di masjid sepanjang bulan Ramadhan sampai tak balik rumah.
- Pergi rumah ke rumah dengan niat memaksa ahli2 rumah beribadat ke masjid.
- Kakitangan kerajaan seperti polis, cikgu dan sebagainya hilang pekerjaan akibat terlalu obses berTABLIGH sehinggakan pekerjaan terabai.
- Anak-anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.
Adakah ini semua yang dituntut oleh Islam???
- Islam memang menggalakkan berjemaah di masjid atau surau, apatah lagi pahala berganda-ganda sewaktu bulan Ramadhan. Tapi, sedar atau tidak tanggungjawab duniawi yang Allah dh bagi sudah terabai dek keobsesan mengejar tanggungjawab ukhrawi sahaja???Memang betul Nabi Muhammad S.A.W jugak berdakwah sehabes mungkin menegakkan syiar Islam, tapi pernahkah baginda mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan isteri baginda??tidak pernah bukan???jadi kenapa puak tabligh masa kini perlu meninggalkan anak isteri terbiar tanpa nafkah dan kasih sayang???
- Ajaran Islam tidak pernah memaksa atau terpaksa. Nabi Muhammad sendiri tak pernah memaksa umat-umat jahiliyah zaman baginda untuk memilih Islam. Bahkan mereka sendiri tertarik dengan keistimewaan dan juga keunikan Islam yang lain dari agama lain. Tetapi, mengapa perlu menggunakan paksaan sebagai medium dakwah masa kini??
- Bukan sahaja anak-anak kehilangan ayah, isteri kehilangan suami tercinta bahkan kerajaan jugak telah kehilangan pekerja2 berpotensi gara-gara akibat terlalu obses mengejar dunia TABLIGH.
plisss..plis..plisss...jangan biarkan nafsu menguasai diri. Jihad yang baik adalah jihad yg ikhlas hanya kerana Allah. Gunalah sunnah nabi sebagai panduan berjihad. Kepada ayah2 dan suami2, janganlah disebabkan TABLIGH, anda gagal menjadi seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. Menitis airmata kaseh seorang anak dan isteri kehilangan insan penting dalam hidup mereka. Wake uplah duhai ayah2, suami2.....tepuk dada tnya iman.
sekian, salam sayang~