9 Februari 2010

ade aku kesah????

Salam ukhuwah dan salam sayang buat teman-teman yang aku sayang sangat-sangat. Haaa...mesti korang tertanya-tanya kan kenape tajuk entry aku kali ni macam tu kan??sebenarnye aku nak kongsi la luahan hati aku yang dah lame saket mata melihat transformasi manusia yang menimbulkan syak wasangka dikalangan orang yang melihatnya termasuklah aku.

Masih tidak memahami maksud yg ingin aku sampaikan?? Maksudnya, zaman sekarang ini terlalu ramai perempuan yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya bagi lelaki. Mungkin robot boleh melalui transformasi seperti ini tetapi kita sebagai manusia tambahan lagi beragama Islam tidak sepatutnya berperangai sedemikian.  Cukuplah bro..x payah nak ubah-ubah sifat yang Allah dah bagi kat kita. Pliss sila bersyukur.


Kalau kawan-kawan nak tahu, jika manusia di kalangan ini ditegur tentang sikap mereka yang dluar tabii itu, tredmark yang selalu kita semua akan dengar, "ade aku kesah??"..ish2...x baek macam tu my frenz..kalau lah nak diikutkan macam yang diorang kate tuh, nanya hidup wooo. Tak dak sapa dah nak peduli. Time kat dunia bolehlah nak berlagak dengan frasa sebegitu tapi ade korang pikir time kita dah mati nanti bile takdak orang pun nak kesahkan kita??bila takdak sapa pun yang nak mandikan kita, nak uruskan jenazah kita dan takdak sapa yang nak sembahyangkan kita nanti?? time tuh barulah taw tinggi langit dan bumi.


So, yang lelaki2 kat luar sana tuh tak payahlah nak patah2kan tangan anda yang Allah dah jadikan untuk memerah keringat sebagai seorang lelaki sejati. Tak payahlah nak naikkan jari telunjuk sambil menggodek-godeknya dan berkata " ade aku kesah??". Plisss tolonglah berubah menjadi lelaki sejati yang diciptakan untuk hawa. Tolonglah jangan mengurangkan lagi populasi orang lelaki sejati yang sudah tersedia berkurang. Kesianlah kat wanita-wanita sejati yang akan kehilangan calon suami kalu anda still lagi bernafsu menjadi wanita. Memang tak salah kalau lelaki mau jadi lembut, tetapi sila betulkan makna lembut yang sebetul-betulnya. Menjadi lembut memang ciri utama bagi lelaki sejati tetapi lembut disini bukannya lembut seperti lemah gemalai seorang ibu. Even tangan lembut ibu yang menghayun buaian pun mampu menggoncang dunia, apatah lagi bagi seorang lelaki yang normal. Jadikan lah Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model anda. Kelembutan perwatakan baginda telah berjaya menarik ramai kaum musyrikin Mekah zaman itu memeluk agama Allah tetapi kelembutan seorang lelaki yang tergedik-gedik seperti wanita telah membuatkan segala isi perut dimuntahkan keluar kembali akibat kegelian dan kemualan yang melampau.


Bagi wanita-wanita kat luar sana yang juga same spesies seperti laki-laki diatas, sila lah berubah kembali menjadi wanita sejati. Tak payah nak jadi seperti orang lelaki yang berlagak macho dan tahan kebal kononnye. Sedarlah hakikatnya, kita sebagai wanita adalah sebaik-baik hiasan duniawi tetapi mengapa masih ade yang tidak menghargai anugerah yang Allah dah bagi???ish x paham aku...Cukup-cukuplah dengan kelakuan ganas dan tomboi ala-ala filem cowboy tuh..hehehe..Banggalah menjadi seorang wanita kerana dirimu lebih berharga.(pinjam trademark iklan loreal jap). Cube korang pikir balik, syooook ape jadi wanita ni...siap ade macam-macam pakej. Ade ladies night la..ladies day la..n ladies toilet pn ade..(hehe gurau jerkk).


Jadi, macam mane???yang lelaki tuh, still lagi ke berkeinginan nak jadi wanita dan wanita pulak ade lagi ke yang berkeinginan nak jadi laki-laki??Ingat my frenzzz...Nabi tak ampun umat wooo..apatah lagi Allah..bertaubatlah dan berubahlah menjadi diri anda seadanya yang telah ditakdirkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Korang semua dah besar kan, so pandai-pandai la pikir..Aku mintak maaf kalau ade yang aku tersalah bahasa dalam entry ni. Niat aku cuma nak sedarkan certain-certain orang yang telah membuatkan orang lain merasa tidak selesa dengan transformasi ini. For the last time..plisss berubah..( i'm beg u with shining eyes) untuk keluarga, bangsa dan juga agama kita iaitu agama Islam. ~iluvIslam~skian, salam~

7 Februari 2010

go genting!!!!

Salam sayang dari diriku yang baru sahaja selesai berENJOY di Genting Highland!!!!!!!!!!!!!!!!!!!perghhhhh..best giler ahhh..Memang enjoy habis dapat merasa kenikmatan suhu dan cuaca di Genting yang begitu menyamankan. Korang nak tahu cite x????

Haaa macam ni, aku dan housemet ku dah merancang ke Genting ni dari semester lepas lagi tapi baru semester ni berkesempatan untuk kesana. Perancangan rapi sudah dibuat oleh pemandu pelancong kami a.k.a Nur Nabila Bustaman. Hehehe...(Yolah..antara kitorg, die je la yang penah sampai ke Genting  ni). So, setelah berbincang, kami semua memilih hari sabtu bersamaan 6 Februari 2010 untuk ke tempat yang agak sejuk itu. (macam nak annouce raya plak..) Hampir tepat pukul 8 pagi kami semua pn bertolak ke KL central untuk membeli tiket ke Genting. Dalam plan, kami semua nak naik bas tapi tup tup semua tiket bas ke Genting untuk pagi itu sudah habis di jual. Disebabkan excited sangat nak pergi, kami semua terpaksa sewa teksi. Actually bukan terpaksa la tapi sendiri rela sebab nak sangat rasa p Genting.

Lebih kurang pukul 11 setengah kami pn sampai ke tempat yang agak sejuk tu. Perghhhh cuaca kat situ memg nyaman..sejuk dan redup..(macam dlm air cond pn ada). Sampai-sampai ja, apa lagi terus p cari makanan dulu ar. Dah kenyang, baru la stat maen macam-macam. First time aku try roller coaster, uih...rasa macam nk terkencing pun ada..extreme giler tapi memang best. Rasa mcm nak try lagi. Selain roller coaster macam lagi la yang kami try...nk taw macam mana kami semua appy...ha tgk suma pic kt bawah ni..hehe..

5 Februari 2010

Salam sayang duhai sahabat2 alam mayaku sekalian....agak lama jugak ea aku tidak mengupdate blog aku ni. Sebelum aku melalut dengan lebih panjang lebar lagi, aku nak tanya satu soklan pada kengkawan. Cantik tak layout baru aku ni???(sambil tergelak sorang2). Mesti cantik kan??kan???kan???Tetapi, ade kisah di sebalik perubahan blog aku yang lama itu terhadap blog yang sekarang ni. Alkisahnya sebegini, disebabkan sifat ketidakpuasan hati terhadap blog lama aku yang agak cantik itu, dengan gatai tangannya aku telah tukaq semua layout dan segala isi alam yang ada dalam blog aku yang dulu tu. Yang kekal cuma entry2 aku je...huhuhu..naseb baek ar. Kalu tak, teriak tak berlagu ar aku tiga hari dua malam. Dengan susahnya barulah aku terjumpa dengan layout yang comei ni.Comei kan???Hampir separuh hari jugak la aku dudok beradap depan laptop ni semata-mata nak cari layout yang sesuai dengan jiwa aku ni. (konon je..). Yang agak menyakitkan hati aku, bila dah ada layout aku berkenan, tak boleh pulak dah nak paste kat layout setting. Memang mengecewakan betui..T T..Tapi disebabkan kesabaran yang tinggi, akhirnya aku dapat jugak jumpa layout yang aku berkenan dan berjaya di paste kan dalam layout setting blog ini. Sebab tuuulaaa orang tua-tua dok kata, usaha tangga kejayaan..Alhamdullillah...

But!!!the moral of the story is....yang sebenaq-benaqnya aku nak kongsi kat ampa semua ni, eloklah kita semua bersyukur dengan apa yang ada dalam idop kita ni. Tak payah nak tamak-tamak..tak elok untuk kesihatan ( dah mula dah melalut tak tentu pasai). Sapa-sapa yang terbaca, sengaja membaca atau buat-buat terbaca blog ini, aku harap ampa semua tak jadi lagu tuh noh...apa-apa pun, hidup mesti mau ceria, tanpa ada sifat-sifat yang tak elok untuk kesihatan k???chaiyokkkk!!!!( sudah mula merepek sebab tak tau nak tulih apa dah...) Cukup sampai disini sahaja untuk waktu ini.....salam...peace =)