28 Julai 2011

singaPondan


Assalammualaikum w.r.t~
huh.seyes bengang gilaaaaaaa dengan game bola antara malaysia dan singapore a.k.a singaPondan td.bajet kuat sangat la kan menang dengan harimau malaya yang lagi gagah perkasa ni kan.pooooddaaahhh!!setakat menang just nak lengah-lengahkan masa cenggitu,baek tak payah lah weyh.p balek negara ampa tanam jagung lagi baguih.huh.tak penah aku emo-emo cenggitu tengok bola.first time tengok harimau malaya lawan dengan pondan.tak sampai seminit jatuh.seminit lagi jatuh lagi sorang.memang tahap imunisasi rendah sungguh noh.

Dengan kuasa veto yang aku ada,ecehhh.aku banned goal keeper singaPondan tu dari masuk malaysia.kau agak lakonan kau tu mantap habes ar tadi?huh.menjengkelkan taw tak.minah-minah cleaner indon pun tak lalu tengok kelembikan kau tu.aku maen futsal pun takde nak jatuh-jatuh sakit macam kau.pehlis la cermin sikit diri kau tu.tak hensem kot buat cenggitu.nampak sangat kau tu gerun gilaaaa gilaaaa dengan sepakan maut safee sali sampai terpaksa kaber dengan lakonan lembik kau tu.huh.sila pergi maen jauh-jauh ye laen kali.korang tak layak pun maen dengan harimau malaya.

Anyway, buat pemain-pemain harimau malaya yang tersayang,aku memang bangga beb dengan korang semua.korang super duper hebat.even masa mula-mula game,aku agak emo dengan performance korang,tp sekarang ni aku lagi emo dengan singaPondan yang bajet bagus tu.mungkin bukan rezeki kita lagi buat masa sekarang.slow-slow ye bhai.korang mesti boleh punyeeee.sekarang,tumpukan perhatian pada harimau muda pulak.semoga harimau muda dapat mengembalikan kegembiraan buat rakyat malaysia.cayalah safee sali,gilaaa kentang lu bro!!wa tabik spring sama lu.mmuuuaaahhhxxx!!

apex,muslim,mahali,safee,fadhli sazs,amirulhadi,amarohidan,aidil,hadi yahya,kunalan,gurusamy,fakri,badrool,izzaq,safiq rahim,dan laen-laen yang dah lupa nama korang.kitorang tetap sokong korang habes-habesan.


11 Julai 2011

kenduri=makan free

Assalammualaikum w.r.t~
Bizi sungguh minggu ni ea..pejam celik pejam celik, dah dua bulan berIntern di CCM dan ini bermakna dah nak dekat berpuasa!!!yeaayyy!!!!tak sabar nak tunggu Ramadhan..aippp!!!da ganti puasa ke blum???aiiyyookkk!!!heeee...
 sambal belacan yg meletup!!
 ulam segar bugar rahsia awek muda
 gulai tulang rusuk lembu yg kaw!!
 terung sambal yang marbelles!!
 asam pedam yang tiptop!!

sayur campur airtangan anak dara pingitan a.k.a kami
 
foto tempek
anak dara pak din yang suka bergambo!!hahaha

p/s: best.chill.enjoy.walaupun agak kepenatan.daaa salam syg~


9 Julai 2011

~cik cinderelly~

Assalammualaikum w.r.t teman-teman tersayang~
Pada suatu hari, sedang asyik Irfan  Hakimi mengemas beg untuk bersiap-siap pulang ke kampung, dia di terjah oleh rakan baiknya Salim. Mereka sempat berpelukan untuk meraikan hari kemerdekaan mereka yang selama ini ditunggu. Hampir setengah tahun mereka tidak pulang ke kampung masing-masing. Hari ini adalah hari yang amat dinantikan untuk semua pelajar di kolej itu kerana bermulanya cuti semester selama dua bulan. Ada yang merancang pergi bercuti bersama kawan dan keluarga, ada yang berkeinginan untuk bekerja sambilan dan ada juga yang merancang untuk berkahwin pada cuti kali ini.
‘Eh Irfan, ape plan kau cuti ni??’ Tanya Salim. Sengaja dia ingin menganggu konsentrasi rakan baiknya itu mengemas.
‘Kau tanya aku??aku ingat nak buat part time kot cuti kali ni. Bosanlah duduk kat rumah tu sorang-sorang. Mak ayah aku malam baru ada kat rumah. Lebih baik aku kerja je. Terisi sikit masa cuti aku ni. Kau pulak??’Tanya Irfan Hakimi kembali pada rakan baiknya itu.
‘Aku ingat nak cari awek baru ar. Bosan dengan awek aku sekarang ni. Asyik-asyik nak merajuk. Aku ni dahlah tak reti nak pujuk. Malas dah aku nak fikir.’ Jawab Salim dengan riak muka yang agak tidak puas hati dengan Halina, pacarnya tika ini.
‘Fuhhhh kau ni. Jangan beb, jangan buat anak orang macam tu. Aku tengok si Halina tu okey apa. Dahlah cantik, pandai pulak tu. Biasalah kalau merajuk sikit-sikit. Kau ni cepat makan dalam sangat.’ Nasihat Irfan Hakimi dengan panjang lebar.
‘Ala kau ni, nak nasihat aku tapi diri sendiri pun tak ada awek. Poooooddaahh!!!bila kau dah ada awek, baru kau rasa macam mana aku rasa sekarang ni. Penat beb.’ Ujar Salim sambil mencebik kepada Irfan Hakimi.
‘Haaaa..kan senang jadi macam aku. Tak ada awek, tak payah nak serabut kepala otak. Hidup bahagia je. Bole je aku hidup.’ Jawab Irfan Hakimi bangga.
‘Itu kau. Aku ni lain. Hidup aku tak bermakna tanpa awek disisi kau tahu tak. Tak mahulah aku jadi macam kau. Sampai sekarang tak ada awek. Jual mahal sangat lah kau ni, padahal ada je orang nakkan kau. Tak faham aku dengan kau ni Irfan.’ Salim tetap tidak mahu mengalah.
‘Aku bukannya memilih, dah tak ada yang sesuai dengan aku. Sebab tu lah aku single lagi sampai sekarang. Aku ni bukan buaya darat a.k.a buaya tembaga macam kau ni. Pantang tengok perempuan dahi licin, semua kau nak kebas. Dahlah, buang karat aku je layan kau ni. Cepat kemas barang-barang kau tu. Kang aku tinggal nangis tak berlagulah jawabnya kau kat sini.’ Jawab Irfan Hakimi kepada rakan baiknya itu.
Sejujurnya, Irfan Hakimi tidak bersetuju dengan perangai Salim yang sering tukar teman wanita seperti tukar baju. Dah banyak kali ditegur, tapi Salim buat dek je teguran Irfan Hakimi. Bila ditanya, seribu satu alasan yang diberikan demi mengelak dari disoal macam-macam. Irfan Hakimi seringkali dicop sebagai ustaz oleh Salim kerana sentiasa ditegur oleh Irfan Hakimi mengenai perbuatannya terhadap teman-teman wanitanya. Namun, Salim tak pernah merungut ataupun terasa hati dengan teguran Irfan Hakimi itu. Baginya, Irfan Hakimi adalah kawan terbaik yang dia pernah ada. Mungkin disebabkan itu, hubungan mereka amat rapat sejak dulu lagi.
Tepat pukul 3 petang, Irfan dan Salim menaiki bas kolej yang akan membawa mereka terus ke stesen bas yang berdekatan untuk ke kampung masing-masing. Semasa di dalam bas, seperti biasa, Irfan akan mencari tempat yang paling belakang sekali bersebelahan dengan tingkap. Semasa dia ingin menyimpan beg sandangnya di bahagian atas tempat duduknya, dia menjumpai satu bungkusan plastik yang berisi kotak di dalamnya.


Sementara di kampung masam-masam maneh, Irina mulai resah dengan kehilangan barang yang amat disayangi. Dia mula menyalahkan dirinya kerana bersikap cuai. Habis hampir kesemua teman-temannya disoal perihal kehilangan barang tersebut. Namun, tidak ada satu pun di antara mereka yang mengetahui kemana hilangnya barang Dania Irina itu. Mukanya dah hampir pucat lesi mencari barang kesayangannya itu. Setelah puas mencari, akhirnya dia give up.
‘Dahlah tu Rina. Nanti beli je yang baru. Tak payah nangis-nangis. Anggap ajelah tu bukan rezeki kamu.’ Pujuk mak dengan lembut.
‘Tapi mak, Rina sayang sangat dengan benda tu. Tak dijual dimana-mana pun.’ Sayu suara kecil Irina memberitahu ibunya.
Sudah seminggu berlalu, namun Dania Irina tetap tak berpuas hati atas kehilangan barang tersebut. Puas dia bertanyakan rakan-rakan sekuliahnya, namun masih tak  berjaya menemui. Secara tiba-tiba, dia mula teringatkan sesuatu.
‘Opppsss!!!haaa dah ingat!!!’. Jerit Dania Irina tetibe.
‘Apa kena dengan kau ni hah??terjerit-jerit macam kera kena belacan. Nasib baik la aku ni tak ada sakit jantung, kalau tak memang dah lama aku jalan.’ Marah mak hampir terjojol bijik mata. Memang marah benar ibu janda itu.
‘Rina dah ingat dah barang tu kat mana.’ Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
‘Ha, kat mana kau campak??’ Balas maknya lagi.
‘Kat dalam bas masa Rina nak balik hari tu. Tapi……entah masih kat situ ataupun tak.’ Jelas Dania Irina yang sedari tadi gembira bertukar sedih dengan tetibe.
‘Pergilah tengok kat bas tu.’ Balas mak memberi cadangan.
Dania Irina mula bertekad untuk ke stesen bas mencari barang kesayangannya itu esok dengan harapan barang itu berjaya ditemuinya.

  Dirumah Irfan Hakimi, dia tertanya-tanya isi bungkusan kotak yang dijumpainya tadi. Hatinya bagai dipanggil-panggil untuk mengetahui isi bungkusan kotak itu. Akhirnya, dia tewas dengan keinginannya sendiri. Irfan Hakimi mendekati bungkusan kotak yang berada di penjuru biliknya itu. Dengan lafaz bismillah, dia membuka kotak tersebut dengan perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Irfan Hakimi apabila isi kotak itu diketahuinya. Secara tiba-tiba fikirannya kembali menerawang pada Dania Irina, kekasih hatinya yang sudah hampir dua tahun tidak dihubunginya dan secara tiba-tiba juga, hatinya mulai panas dengan berita kecurangan Dania Irina yang diketahuinya dulu. Esok, Irfan Hakimi bertekad untuk menyerahkan  barang tersebut pada driver bas yang dia naiki tadi.

 Keesokkannya, awal-awal pagi lagi Dania Irina sudah mula bersiap-siap untuk ke stesen bas. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu barang kesayangannya itu. Sarah, sahabat baiknya yang merangkap drivernya pada hari itu telah dipaksa olehnya untuk sama-sama mencari barang tersebut di stesen bas. Di dalam kereta, mereka mula berbual-bual.
‘Aku pelik la dengan kau ni Rina. Ape la istimewa sangat barang kau tu. Sampai gigih macam ni kau cari.’ Sarah memulakan perbualan.
‘Ada la. Barang tu istimewa sangat dari orang yang sangat istimewa.’ Balas Dania Irina sambil tersengih-sengih.
‘Alaaaa macam la aku tak tahu siapa orang istimewa kau tu. Kau masih berhubung dengan dia lagi ke??’Tanya Sarah ingin tahu.
‘Dah lebih setahun setengah aku tak berhubung dengan dia. Aku pun tak tahu dia macam mana sekarang ni. Dah banyak kali aku cuba hubungi dia tapi tak dapat.’ Jawab Dania Irina sambil mengimbas kenangan antara dia dan ‘orang istimewa’ itu.
******
‘Awak bahagia tak dengan saya??’Soal Irfan Hakimi kepada kekasih hatinya itu.
‘Mestilah saya bahagia dengan awak. Awaklah cinta pertama dan terakhir saya.’Jawab Dania Irina dengan ikhlas.
‘Tapi saya tak yakin kita akan bahagia kelak. Saya takut kehilangan awak.’Balas Irfan Hakimi dengan risau.
‘Awak jangan risau ye. InsyaAllah kita akan bahagia sampai akhir hayat kita.’ Janji Dania Irina pada buah hatinya itu.
******
Setengah tahun yang lalu, Irfan Hakimi mendapat khabar berita kecurangan Dania Irina. Malangnya, teman baik dia sendiri yang mengkhabarkan berita itu padanya. Sejak dari hari itu, dia mula menjauhkan dirinya dari Dania Irina. Hatinya begitu sakit dengan berita itu. Dia bertekad untuk melepaskan dirinya dari ditipu dan sehingga kini tiada satu pun berita mengenai Dania Irina hinggap di telinganya. Hampir sebulan dia menenangkan dirinya di sebuah kampung pedalaman yang jauh dari kesibukan kota. Malah, Irfan Hakimi juga sengaja menukar nombor telefon bimbitnya agar Dania Irina tidak dapat menghubunginya lagi.
Bagi Dania Irina pula, sehingga kini dia masih tidak mengetahui alasan sebenar Irfan Hakimi menghilangkan diri begitu saja. Sudah bermacam cara dilakukannya untuk mencari jejak kekasih hatinya itu namun hampa. Pabila ditanya rakan-rakannya, semua seolah-olah merahsiakan sesuatu dari dirinya. Kini, yang tinggal hanyalah barang istimewa itu yang dipanggil ‘cinderelly’. Tapi, kini ‘cinderelly’ juga hilang entah ke mana gara-gara kecuaian dirinya sendiri.

‘woi!!!mengelamun pulak dia ni. Kita dah nak dekat sampai dah ni.’ Beritahu Sarah yang sedari tadi menyedari sahabat baiknya itu asyik mengelamun.
‘Eh kau ni. Cakap tu tak boleh kasar lagi ke??dahlah anak dara, cakap macam mak dara.’ Dania Irina mula membebel pada Sarah.
Selepas lima minit, mereka pun sampai ke destinasi yang dituju. Dania Irina berasa sangat gembira. Harapannya, agar ‘cinderelly’ berjaya ditemui. Sejurus selepas memakir kereta, Dania Irina terus menarik lengan sahabat baiknya itu ke tempat bas yang dinaikinya seminggu yang lalu. Secara tiba-tiba…..debukkk!!!! Dania Irina terjatuh dek hentaman yang kuat dari sisinya tadi. Kakinya merasai bisa kesakitan yang amat sangat.
‘Kau ok ke tak Rina?.’ Tanya Sarah yang mulai risau.
‘Sakit la lutut aku ni. Mala’un mana plak ni yang langgar aku.’ Ngomel Dania Irina.
‘Eh…..Kimi!!!!kau….kau..kau buat apa kat sini??’Sarah mula sedar bahawa mala’un yang melanggar sahabat baiknya itu adalah Irfan Hakimi.
Dengan serta-merta, Dania Irina berpaling. Alangkah terkejutnya mereka berdua. Lantas, Irfan Hakimi bangun dan ingin berlalu dari situ untuk mengelak daripada bertembung mata dengan Dania Irina.
‘Nanti!!!!!awak pergi mana selama ni??sampai hati awak tinggal saya terkapai-kapai macam ni. Mana janji awak pada saya??’ Airmata Dania Irina mulai deras menuruni pipi. Dia tak kira akan pandangan umum terhadapnya tika itu. Dia hanya tahu, penjelasan Irfan Hakimi amat diperlukannya saat ini.
Irfan Hakimi diam membisu. Dia tak mampu memandang wanita yang pernah curang padanya suatu ketika dulu. Diambil bungkusan kotak yang terpelanting akibat pertembungan tadi terus diberikan pada Dania Irina. Dania Irina membuka kotak tersebut. Dia terkejut dan terdiam. Dia bingung bagaimana ‘cinderelly’ boleh berada di tangan Irfan Hakimi.
‘Ma…macam mana ‘cinderelly’ boleh ada kat awak?’Tanya Dania Irina kehairanan.
Sebaik sahaja kaki Irfan Hakimi ingin melangkah, lantas lengannya ditarik oleh Dania Irina. Dania Irina mengubah posisi dia di hadapan Irfan Hakimi. Kini, mata mereka betul-betul bertembung antara satu sama lain. Irfan Hakimi tidak dapat melarikan diri dari situasi tersebut. Lalu, Irfan Hakimi mula bersuara.
‘Awak nak tahu, kenapa selama ni saya lari dari awak?’Tanya Irfan Hakimi.
‘Kenapa??apa salah saya pada awak hah??’ Dania Irina mula membentak ingin tahu.
‘Sebab awak curang kat saya. Selama ni, saya layan awak dengan baik. Saya tatang awak macam minyak yang penuh kuali. Tapi, kecurangan yang saya dapat sebagai balasan. Apa semua ni??’Irfan melontarkan rasa kecewa yang sekian lama terpendam dalam hati.
‘Saya curang????awak dengar dari mana ni??siapa yang buat fitnah ni kat awak??’Dania Irina mulai naik angin.
‘Haikal yang bagitahu saya. Dia cakap awak Cuma nak permainkan saya saja. Apa semua ni awak?’Balas Irfan Hakimi.
‘Ooohh..jadinya awak lebih percayakan si Haikal tu dari saya??jadinya selama hampir dua tahun awak melarikan diri dari saya, ini sebabnya?Awak tahu tak, sebenarnya si Haikal tu dah lama menaruh hati pada saya. Satu hari, secara tiba-tiba dia meluahkan perasaan dia pada saya. Tapi, saya tolak perasaan dia sebab saya setia pada awak sorang dan hati saya Cuma untuk awak sorang. Mungkin sebab tu, dia sengaja ingin melaga-lagakan kita berdua’. Terang Dania Irina panjang lebar sampai berjurai-jurai airmata jatuh ke pipi.
‘Betul ke apa yang awak cakapkan ni??’ Tanya Irfan Hakimi yang seakan-akan tidak percaya.
‘Betul cakap Rina tu, Kimi. Aku pun ada sekali masa si Haikal jumpa dengan Rina. Pernah jugak dia nak membusuk-busukkan kau depan Rina tapi Rina tak percaya semua tu. Rina lebih percayakan kau.’ Sarah membela sahabat baiknya.
‘Ya Allah….apa yang aku dah buat ni??Kenapa sahabat baik aku sendiri sanggup tikam aku dari belakang??’ Balas Irfan Hakimi yang amat kesal sekali dengan Haikal.
‘Sepatutnya, awak tanya dulu dengan saya. Tapi, awak tak matang tahu tak. Awak tinggal saya macam tu saja. Awak tahu tak, macam mana saya cari awak??tebal muka ni bertanyakan semua orang tentang awak’. Balas Dania Irina kesal.
‘Awak…saya mintak maaf..maaf sangat-sangat. Saya tahu saya salah pada awak. Plisss terima saya kembali. Saya akan tebus balik semua kesalahan saya pada awak. Saya janji. Saya takkan percaya kata-kata orang lain lagi. Kita bina hidup baru ye sayang’. Janji Irfan Hakimi.
‘Awak janji jangan tinggalkan saya lagi??saya dah tak sanggup kehilangan awak buat kali yang kedua.’Jelas Dania Irina.
‘Saya janji.Saya janji kat awak.’ Balas Irfan Hakimi dengan bersungguh-sungguh.

Setahun kemudian..
‘Abang, jangan lupa hantaran cinderelly tu ye.’ Dania Irina mengingatkan bakal suaminya, Irfan Hakimi semasa perbualan mereka di telefon.
‘Ye la sayang. Abang tak lupa la. Kan ‘cinderelly’ tu trade mark cinta kita.’ Balas Irfan Hakimi.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Mereka selamat diijabkabulkan dan sah menjadi suami isteri. Seperti yang dijanjikan, ‘cinderelly’ menjadi salah satu hantaran yang diberikan oleh Irfan Hakimi pada Dania Irina. Bagi mereka, itulah simbolik cinta mereka kerana kasut itu telah menemukan mereka kembali dengan izin Tuhan.
~tamat~