Assalammualaikum w.r.t sahabat-sahabat tersayang,
Sebut pasal fanatik, msti semua orang akan mengaitkan dengan artis, hobi, anything that they like damn much right?tpkan kalau makan dijadikan hobi, kenapa solat lima waktu susah sgt nk dijadikan hobi ek???tepuk dada tanya hati k. Hmmm..yg kedua, sebut pasal artis ni. Ramai gilerr ahh yg minat giler2 kt artis2 dunia ni.Tak kisahlah dalam Malaysia ke luar Malaysia semua depa nk sapu. Ekceli, tak pa pon kalau nak minat sikit2 tuh. Tak salah pun di sisi undang2 dunia ataupun undang2 akhirat. Tp, yg jd salah ni sebab dah terOVER sangat dah. Sampai ketahap nk menyanjung, memuja dan seangkatan dengannyalah. Sebagai contohnya, bila artis2 femes ni buat konsert. Semua pakat nak p tengok. Pakat angkut satu kampong semata-mata nak tengok artis2 ni. Kononnya nk tgk live tp tup2 sampai je kt konsert tu, dok hingaq menyesai beli tiket. Sebab apa??sebab tak bleh nak p dekat2 tgk muka artis tu live. Ha..kan dh rugi beratus-ratus??Apa kes ni kawan???sikit2 sudahlah..lagi baek ampa sanjung melangit mak bapak sendiri. Dapat jugak pahala kn?? wake up sahabat2 seislamku sekalian.
Teringat time Maher Zain buat show kt Shah Alam ni. Dah nama pun manusia kan, memang susah nk lari dr nafsu berhibur ni. Sy sendiri sedikit teruja apabila Maher Zain nk buat show kt sini. Kena pulak, dekat je dgn rumah sy tempat show itu. Memang dugaan. Tapi bila difikir-fikir balik, bila tgk kat tv, ramai umat manusia yang berpusu-pusu, bertolak-tolakan just semata-mata nk tengok Maher Zain dkt2, just nak ambil autograph dia, agk2 penat tak??Masya Allah..serabut..Agak-agak ampa semua la kan...kalaulah Nabi Muhammad S.A.W yang mai, akan ada tak yang sanggup nk bertolak-tolakan semata-mata nk bersalam dan mintak autograph baginda??Agak-agak anda la kan, berbaloi tak kita berkorban nyawa sekalipun semata-mata untuk bertemu dgn kekasih ALLAH ni??tepuk dada tnya hati ok. Tapi, kes Maher Zain ni boleh la diterima lagi. Sebab beliau banyak berdakwah melalui lagu2nya. Kredit untuk beliau!!
Tapi macam mana kalau Super Junior atau Justin Bieber plak???ataupun artis2 luar yang seksi2 dan goyang sakan tuh???berbaloi ke beli tiket konsert mereka2 itu???
p/s: setiap org ad pendapat yg berbeza2..just nk mengingatkan sbg sesama muslim~As-salam...
22 Januari 2011
21 Januari 2011
Assalammualaikum...
ARTIKEL INI DIAMBIL DARI SEORANG HAMBA ALLAH D RUANGAN FACEBOOK:
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum”
dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap
iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW
akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
“Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud
“Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud
“Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada
membuat dosa..
P/S:lepas ni,jgn buat silap lg ye kwn2..tegurla pape yg ptot kalau ada rakan Islam yg masih tidak tahu menahu kebenaran ini. Terima kaseh diucapkan kepada sahabat seagama kita ini kerana share ilmu yg berguna seperti ini.
11 Januari 2011
jom perbaiki diri!!
Assalammualaikum w.r.t...
jeng..jeng..jeng...hehehe..udah lama ya gak ketemu. First of all, masih belum terlambat kan untuk sy mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan juga selamat menjalani semester baru buat sahabat2 seperjuangan sekalian. Dah menjadi lumrah manusia, bila melangkah aje ke tahun baru macam2 azam yang dibuat. Sampai buat list gitu. Apa kata, pada tahun 2011 yang penuh barakah ini sama2 kita mencuba untuk memperbaiki diri. Oppsss!!jgn tersalah tafsir plak maksud memperbaiki diri yg sy perkatakan ini. Erti kata memperbaiki diri ini bermaksud mengurangkan kelemahan2 yg ad dalam diri kita sepanjang tahun 2010 dan tahun2 lepas serta menambahkan kelebihan dalam diri yang selama ni tak pernah ditunjukkan pada sesiapa pun. Kalau nak berhijrah pun lagi bagus!!!aiipp2..tp berhijrah dr yang buruk kepada yg baik taw..dan yang baik kepada yg lebih baik. InsyaAllah, Allah sentiasa mengetahui niat baik kita itu. Tak dinafikan, diri sy jugak banyak kekurangan yang sy sedar dan juga tak sedar. Jadi, jom sama2lah kita berubah!!!sebab ape kita perlu berubah??contohnya..
- Setiap manusia kt muka bumi Allah ni nakkan kesempurnaan. Bak kata org puteh, the perfect one comes first. Memang la bukan semua org kt dunia ni dilahirkan sempurna tp begitulah naluri setiap manusia. Dah tak boleh nk cakap ape dh. So, why not kalau kita sendiri yang berusaha mencari kesempurnaan dlm diri kita sebelum menginginkan kesempurnaan dalam diri org laen. Seperti soal jodoh. Lelaki nakkan wanita yang cantik, pandai masak, pandai layan suami, lemah-lembut. Tetapi pernahkah anda berfikir kelayakan anda terlebih dahulu?? bagi kaum wanita pulak, kami ni memang nakkan lelaki yang ada pangkat besar, kereta besar, rumah besar bahkan semualah yang besar2 belaka. Tapi, layakkah kita sebagai kaum hawa di muka bumi ini untuk mendapatkan kesempurnaan itu???tepuk dada, tanya selera.
- Setiap manusia kt bumi ni sentiasa nak bersikap iri hati. Dah nama pun manusia kan..memg tak dapat lari dari sifat2 jahiliah ni. Bukan saje iri hati, hasad dengki dan seketurunan dengannya jugak selalu bermaharaja dalam diri. Ekceli, sifat tu dapat dikawal. Dan cara nak kawal, adalah dengan iman kita. InsyaAllah jika iman dh mantap, sifat2 seperti itu takkan wujud dalam diri. Jika sesiapa yang dh sejak azali lagi menyimpan sikap seperti ini, tak rugikan kalau kita buang saja sikap buruk ini. Sikap buruk seperti ini bukan saja memudaratkan kepada masyarakat sekeliling bahkan pada diri sendiri. So, jom kita buang sekarang!!!hehehe...
- Lagi satu sifat yang agak bahaya adalah lupa diri. Ni memang kes berat. Memang patut berubah ni. Manusia sentiasa diuji oleh Allah S.W.T samada ujian kesusahan ataupun kesenangan. Selalunya, ujian kesenangan yang akan menyebabkan manusia lupa diri. Tapi ada jugak kadang2 kesusahan jd penyebab manusia lupa diri. Kes seperti itu, dah tak boleh nak kata apa dh. Dah tahap ICU dah tu. So, kita sebagai hamba Allah seharusnya sedar bahwa kesenangan dan kesusahan semuanya datang dari Allah. Belajar menerima Qada' dan Qadar adalah penawar untuk penyakit lupa diri ini. Wallahua'alam..
So, marilah kita perbaiki diri kita pada tahun ini agar menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas. Muhasabah diri dan tingkatkan prestasi.hehehe..(peringatan untuk diri sy jugak)
p/s: Mungkin jgk jodoh xsmpai lg sb perubahan maseh belum di tahap yang membanggakan kan??anyway, diharap *dia* jugak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri sebelum kita berjumpa satu hari nanti..*wink*wink*...sekian, salam sayang...
Langgan:
Catatan (Atom)