30 Julai 2010
cinta pakai buang????
Assalammualaikum w.r.t sahabat handai yg amat aku sayang~
Pernahkah anda semua merasai manisnya cinta???dan pernahkah anda juga merasa betapa pahitnya itu cinta???
Cinta bermaksud satu perasaan yg datang sendiri dalam hati dengan ikhlas tanpa dipaksa. Indahnya sesuatu percintaan itu jika disulami kepercayaan dan juga kesetiaan. Sebut tentang kesetiaan, kadang2 aku pelik kenapalah susah sangat nak memupuk kejujuran dalam hati, tak kiralah perempuan ataupun lelaki. Ada juga certain2 individu yg pada mulanya teramatlh setia pada pasangannya tetapi, bila masa berlalu mulalah pelbagai kejadian yg tidak diingini akan berlaku. Yang paling popular adlah kelentong. Kelentong hanya semata-mata untuk melepaskan diri dari kesalahan. Dan, lama kelamaan kesetiaan akan bertukar kepada kecurangan. Come on la beb!!! jgn jadi mangsa kepada individu2 tersebut. Mereka2 ini hanya menjadi pasangan sebagai bahan pakai buang. Bak kata orang moden skang, cinta pakai buang. MasyaAllah....mulanya aku ingat lampin saja ada pakai buang, tapi tak tersangka la plak cinta pn dah ada yg pakai buang.
Kalau korang tanya individu2 tersebut kenapa mereka itu berperlakuan sedemikian terhadap pasangan mereka, jwpan mereka simple aje. "aku bosan la dengan dia"..."aku dah takdak perasaan sayang kt dia dh la".."dah takdak persefahaman la" dan bnyak lagi la alasan yg mereka2 itu akan berikan. Simple je kan jwapan mereka itu???ishhhh....tak paham aku...kenapa perlu bercinta kalau cepat bosan???kenapa perlu beri harapan pada org lain kalau diri sndiri tak pernah ikhlas untuk menyayangi dan disayangi???kenapa perlu berlakon kalau rasa dari awal prhubungan lagi takdak chemistry antara satu sama lain. Cinta bukan seperti lampin pakai buang beb!! cinta perlu ikhlas, tulus dari hati. Tak takut ke kalau suatu hari nanti, benda yang sama dh kita buat trhadap org lain, trjadi balik kt kita????dunia skang ni, ALLAH akan bayar cash apa yang kita buat. Jadi beringatlah sebelum bertindak menghancurkan hati org lain.
Setiap org mahukan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup. Tak dinafikan ALLAH sentiasa menguji hamba-hambaNya dan kita pasti takkan terlepas dari ujian ALLAH S.W.T tapi berfikirlah sebelum buat sesuatu keputusan. ALLAH siap bagi inisiatif lagi kalau kita dalam dilema, kita boleh buat solat istihkharah dan mintak petunjuk dariNya. Kenapa perlu pakai bomoh..ubat pengasih hanya semata-mata untuk menghancurkan hidup orang lain. Kepada sesiapa yang tika ini sedang dalam dilema dan terjerat dengan cinta 3 segi ka, 4 segi ka...better u choose the right decision. Kalau hati dah tetap betul2 sayangkn seseorang, cntailah dan sayangilah dia sepenuh hati dan jangan sesekali sakiti hatinya. Lagi bagus kalau terus kawen!!!leh mengurangkan maksiat malah menambahkan pahala!
Kesimpulannya, jadilah teman yang terbaik untuk pasangan anda. Pupuklah kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan dalam perhubungan itu. InsyaALLAH dengan kehendakNya, hubungan itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ingat!!!ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan ALLAH. Kita hanya merancang, Dia yg menentukannya...hanya cinta padaNya yang kekal abadi dunia akhirat~
That's all for this time~~~
salam sayang
Langgan:
Catatan (Atom)