3 Januari 2010

holiday in Penang

Assalammualaikum orang2 kampong!!!!!!he3...
agak lama aku tak mengUpdate blog aku nih. Almaklumlah cuti semester yang agak panjang kali ni membuatkan cek rasa sqonok sangat. Ha lupa pulak, teman-teman seperjuangan yang berlainan u jangan nak rasa jeles noh. Nak buat lagu mana....dah kami dapat cuti lebih sikit dari ampa. Tuuuulaaaa dulu suqoh mintak uitm tak mau...(hehe melawak ja noh..jangan marah.Nanti kena jual).
Cerita tentang cuti ni, cek nak tanya la ampa semua....amacam cuti semester kali ni???hmmmm..mesti ada yang p bercuti dengan family, ada yang buat qheja part time dan mungkin jugak yang bina badan di rumah disamping menjalankan kilang taik mata????wakakakaka...tak pa..tak pa..bila lagi kita nak buat macam tu kan??time2 cuti la kita nak buat semua yang kita tak boleh nak buat, betoi tak??
Ok stop nadiatull amirah!!!!stop dengan melalut hang tuh.....


Nak dijadikan cerita, time cuti semester kali ni, banyak event yang aku lalui termasuklah buat qheja part time yang sememangnya qheja part time tuh menyediakan kekosongan untuk aku. Banyak pengalaman yang indah2 belaka time aku qheja tuh. Disebabkan sebelum ni aku dah pernah qheja disitu, jadi hari first qheja aku tak la qhasa ketaq lutut sangat. Eh, lupa plak nak bagitaw aku qheja apa. Hmmmm..aku jadi cashier ja...kat sebuah mini market kat taman aku jugak. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa masa qheja kat situ dan macam-macam perasaan jugak yang aku rasa masa duduk kat tempat cashier tuh. Bukan prasaan sronok tapi takut. Nak taw takut sebab apa??takut kalau-kalau ada benda yang buruk terjadi. Tapi alhamdullillah la takdak apa yang terjadi sepanjang aku qheja kt situ. Yang bezzznya, time tuh jugak aku dapat belajaq macam-macam ragam customer yang mai kat kedai tuh. Ada yang siap panggil aku menantu la...ada yang suka melatah la...dan yang suka buat loyaq buqok pun ada. Tapi kan, ada la satu hari, seorang makcik mai kat kedai. Time tuh takdak customer lain dan aku pun tengah bersembang dengan anak tauke aku. Dengan tiba-tiba, makcik tuh mai marah-marah. Huh...terkejut beruk aku dibuatnya. Baguih punya aku dok bersantai, tiba-tiba kena sergah...kalau ampa la kan, apa yang ampa rasa???mesti terkejut dan pelik kan???Tapi disebabkan aku ni jenis yang agak penyabar ( ek eleh, berlagak plak..), aku tanya makcik tu. " Awat makcik?". Makcik tu pun jawab la macam ni. " Ni makcik nak bagitaw, makcik baru beli gas 2 minggu awat yang gas tu dah habih? selama ni makcik pakai tahan sebulan tapi ni baru 2 minggu dah habih". Dengan menggaru-garu kepalaku yang tak gatai itu, aku pun jawab la pertanyaan makcik tu macam ni. " Ermmm..saya pun tak taw la nak kata apa makcik. Mungkin makcik pakai terlebih kot bulan ni sebab tu ar habih cepat dari besa ataupun anak makcik masak time makcik takdak kt rumah". Nak taw makcik tu jawab apa kat aku?? " eh dak aihhhh...makcik masak macam besa la tiap2 bulan. Anak makcik pun tak pernah masak. Makcik taw la..makcik soqang ja yang dok masak". Akhirnya selepas beberapa minit berbincang, aku memberikan kata putus kepada makcik tu bahawa hal ini akan disampaikan kepada tauke aku. Dan selepas memberitahu perkara ini kepada tauke aku, dengan seikhlas hatinya tauke aku itu akan menggantikan gas yang baru kepada makcik tersebut dengan alasan takmau panjang cerita. Hmmm..begitulah antara kesah aku sewaktu memegang jawatan sebagai cashier di kedai yang diberi nama Once Enterprise.
Selaen buat qheja part time, ada lagi event yang beshhh time cuti ni. Time cuti ni ada dua kenduri yang agak besar dalam family aku. Satu kenduri kat sebelah abah aku dan satu kenduri lagi kat sebelah mak aku. Rasanya masih belum terlambat aku wish happy newlyweds kepada cik zana dan pakcik nash dan juga kepada pasangan sepupuku abang muamar dan kak fiza. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....


Ha...itulah antara event yang aku dah lalui sewaktu cuti semester kali ni. Ops!! sebelum aku undoq diri, aku nak ucap selamat tahun baru 2010. Azam tahun baru ni, aku nak tutup buku lama dan bukak buku baru. tahun 2009 banyak bagi aku kenangan yang pahit yang takkan dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Kepada sesiapa yang berkenaan, plez let me go and don't disturb me anymore..biarkan aku hidup dengan tenang tanpa kau yang dah banyak lukakan hati aku selama ini. Plezzz..plezz..plezzz...








11 November 2009

selamat tinggal buat selamanya...

Assalammualaikum w.r.t...
Al-Fatihah~
Disaat-saat airmata masih hangat terasa dipipi, disaat mata sudah mulai membengkak menangisi pemergiaan seorang sahabat yang amat-amat aku sayangi, aku titipkan entry ini khas buatnya walaupun aku tahu dia sudah tidak dapat lagi membacanya setiap entry-entryku seperti dahulu.

Sangat sekejap masa berlalu apabila ditelingaku ini masih lagi terngiang-ngiang suaranya yang selalu memberikan kata-kata nasihat dan leteran, pabila telinga aku ini masih lagi segar terngiang gelak ketawa dari dia...Ya ALLAH...seorang lagi sahabatku telah meninggalkan aku setelah arwah Munir. Dan kali ini aku lebih sedih dari pemergian arwah Munir dahulu kerana sahabatku ini amat rapat denganku sejak dibangku sekolah lagi. Dialah tempat aku mengadu, dan bergelak ketawa saat aku gembira dan sedih. Alangkah singkatnya hidup ini.......Baru sahaja 2 malam sebelum dia meninggal, aku dapat bercakap dengannya di telefon dan baru kini aku tahu bahawa itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. Bukan aku tak redha pemergiaannya itu, cuma aku kesal dan terkilan sebab tak dapat jumpa dia buat kali yang terakhir. Yang mampu aku lakukan hanyalah dapat membaca yassin dan mendoakannya dari jauh. "Aku mintak maaf banyak-banyak Yut..sebab tak dapat balik jumpa hang buat kali yang terakhir..."
Selepas ini, sudah tidak ada lagi panggilan telefon darinya yang selalu mengejutkan tidurku di tengah-tengah malam dan sudah tidak ada lagi sekujur tubuh yang akan aku selalu jumpa tika di kampung halamanku. Saat ini aku sudah merinduinya..............

"Ya ALLAH...kuatkanlah aku untuk terima pemergiaannya itu...
Kau ikhlaskanlah hatiku untuk melepaskan dia pergi dari dunia yang fana ini..
Sesungguhnya dia adalah seorang sahabat yang baik dunia akhirat..
Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, Ya ALLAH...dan Kau ampunkanlah segala salah dan silapku terhadapnya sewaktu hayatnya masih ada...sebab diri ini tidak sempat mengucapkannya dia hadapan arwah sendiri.."

Semoga hang tenang di sana Sayuti....
Aku akan sentiasa merindui hang dan akan sentiasa ingat segala nasihat yang hang bagi kat aku..
Selamat tinggal buat selamanya...
Innalillahiwainnaillahiraji'un.....
Al-Fatihah..................